Saturday, September 6, 2014
KUIH KASWI PANDAN
KUIH KASWI PANDAN
sumber : Azlita Masam Manis & Yatiememories ; thanks (sangat sedap & lembut)
Bahan-bahan :
2 cawan air pandan (ambil 5 helai daun pandan, potong kecil dan kisarkan bersama 2 cawan air hingga halus kemudian ditapis ambil jusnya)
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor (lain kali kurangkan sikit sebab manis)
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung beras
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan emulco
1 sudu kecil air kapur makanan
Hiasan :
1/2 biji kelapa parut putih digaulkan bersama dengan
secubit garam
Cara Penyediaan :
Satukan kesemua bahan kecuali kelapa parut putih dan garam ke dalam bekas dan kacau rata. Masukkan ke dalam mesin pengisar dan kisarkan halus kemudian ditapis.
Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dilapikkan plastik. Atau boleh juga dituangkan ke dalam acuan kecil (lompang) yang telah dioleskan dengan sedikit minyak.
Kukus selama 30-40 minit untuk loyang.
Kukus selama 20 minit jika menggunakan acuan kecil/lompang. Setelah masak sejukkan kuih hingga benar-benar sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaulkan dengan sedikit garam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment