KEK PISANG

Friday, March 3, 2017

SOSEJ SAMBAL MERAH...










SOSEJ SAMBAL MERAH
rujukan  :    Majalah RASA Okt. 2016...




Bahan-Bahan :

10  batang  sosej ayam
2  sudu makan  mentega
5  sudu makan  sos cili
4  sudu makan  sos tomato
1/2  sudu makan  sos tiram
1  biji  bawang besar  -  hiris tebal
1  ulas  bawang putih  -  ketuk
1  batang  serai  -  titik
1  biji  cili merah/hijau  -  hiris
1  biji  tomato  -  belah 6  (saya tambah)
Garam secukupnya, jika perlu


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2 inci.

2.  Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah/hijau, tomato dan serai.

3.  Masak sehingga sosej itu kembang.  Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.  Kacau sehingga pekat dan matikan api.  Sedia dihidangkan...

INFO :   Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos...

No comments:

Post a Comment