KEK PISANG

Monday, April 2, 2018

KEK SARANG SEMUT (TANPA PERAP)...











KEK SARANG SEMUT aka
KEK GULA HANGUS
rujukan :    zulfadreamland...




Bahan Gula Hangus :

2  cawan  gula pasir  (atau 1 2/3  cawan)
2  cawan  air
1/2  cawan  mentega  (125 gm)


Cara-Cara :

Gula pasir digoreng dengan api sederhana besar sehingga perang.  Bila gula sudah keperangan masukkan air (hati-hati sebab gula akan meletup-letup).  Kecilkan api dan cepat-cepat masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga gula hancur/larut sepenuhnya.  Selepas itu tutup api dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair/larut.  Ketepikan dan sejukkan sebentar.


Bahan-Bahan Lain :

6  biji  telur gred A (atau 5 biji gred A)
1/2  cawan  susu pekat manis
2  cawan  tepung gandum
2  sudu teh  soda bikarbonate
2  sudu teh  baking powder
1  sudu teh  esen vanilla

Loyang :    9 inci persegi atau bulat, gris, alas kertas minyak & gris lagi...


Cara-Cara :

Pukul telur sampai kembang dan gebu (guna blender pun boleh).
Masukkan susu pekat manis, pukul sehingga sebati.
Tuangkan ke dalam mangkuk adunan dan masukkan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder yang diayak terlebih dahulu.
Tambahkan esen vanilla dan kacau sebati menggunakan senduk kayu.
Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi dan adun sebati.
Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) untuk mendapatkan sarang yang cantik.
(Kali ini saya tidak perap langsung - siap adun terus masukkan ke dalam oven).
Bakar selama 1 jam pada suhu 160'C api bawah sahaja.  Baki 15 minit terakhir bakar guna api atas bawah.

ATAU :

jika ingin kukus dalam loyang yang ditutup aluminium foil selama 50-50 minit sehingga masak....

No comments:

Post a Comment