KRIM PAF@CREAM PUFF
rujukan : buku Chef Norzailina Nordin...
Yields : 16 pcs...
Bahan Krim Paf :
65 gm tepung gandum ~ diayak dengan sedikit garam
50 gm mentega
150 ml air
2 biji telur ~ dipukul sedikit (saya guna gred A)
Bahan Kastad :
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar atau susu cair
2 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-Cara :
1. Untuk Krim Paf : Jerang air dan mentega sehingga mendidih. Biarkan mendidih kuat selama 1 minit. Padamkan api, masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh. Biarkan suam seketika.
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati. (boleh juga menggunakan mixer).
3. Isikan ke dalam beg aising dan picitkan ke atas dulang pembakar beralas kertas kalis minyak. Bakar pada suhu 200'C selama 25-30 minit sehingga keperangan. Apabila keperangan, keluarkan dari oven, cucuk paf, masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi 5 minit. Biar sejuk di atas redai.
4. Untuk Kastad : Sebatikan semua bahan kastad dan kacau di atas api perlahan sehingga kental. Isikan ke dalam beg aising dan picitkan ke dalam Krim Paf. Ayakkan dengan gula aising di atasnya jika suka....
No comments:
Post a Comment