KEK PISANG

Thursday, April 5, 2018

SUP IKAN SEDAP...










RESEPI SUP IKAN SEDAP
rujukan :    Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

4  potong  ikan Siakap atau ikan lain ikut pilihan  (saya guna 1 ekor saiz sederhana)
4  cawan  air atau secukupnya


Bahan Tumbuk :

1  biji  bawang besar
2  ulas  bawang putih
1/2  inci  halia


2  sudu besar  minyak masak
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
2  biji  buah pelaga
2  biji  ubi kentang  ~  dipotong baji
1/2  batang  lobak merah  ~  dipotong ikut suka
1  biji  tomato  ~  dibelah empat
3  biji  cili padi  ~  diketuk
1  paket  sup bunjut
Garam & serbuk lada sulah secukup rasa


Bahan Hiasan :

Sedikit daun sup  ~  hiris kasar
Sedikit bawang goreng


Cara Memasak :

1.  Mula-mula tumbuk halia bersama bawang putih dan bawang besar sehingga lumat.

2.  Kemudian panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumiskan bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.

3.  Selepas itu masukkan air, ubi kentang dan lobak merah.  Biarkan mendidih dan ubi kentang serta lobak merah sedikit lembut.

4.  Setelah mendidih dan ubi kentang serta lobak merah sedikit lembut, masukkan ikan, cili padi, tomato, sup bunjut dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah.  Kacau rata dan didihkan lagi sehingga ikan masak sepenuhnya serta ubi kentang dan lobak merah empuk.

5.  Taburkan dengan bawang goreng dan sedikit hirisan daun sup sebelum dihidangkan...

No comments:

Post a Comment