BUNGEOPPANG
rujukan : buku resepi Chef Norzailina Nordin
Bahan-Bahan :
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula halus/gula kastor
1 cawan air
Inti kacang merah secukupnya
Secubit garam
Sedikit pewarna merah (saya tambah)
Minyak masak untuk lenser acuan
Cara-Cara :
1. Satukan tepung gandum, garam, baking powder, sedikit pewarna merah dan gula.
2. Tuangkan air dan kacau sebati. Tapiskan ke dalam mangkuk. Jika terlalu pekat, tambah 2-3 sudu besar air.
3. Panaskan acuan dan lengserkan sedikit minyak. Isikan 1/2 penuh dengan adunan.
4. Letakkan inti kacang merah dan tuangkan adunan sehingga penuh. Tutup acuan dan biar masak sepenuhnya, (anggaran 20 minit)...
Nota Chef : Jika tiada acuan elektrik, boleh gunakan acuan Kuih Cara dan masak di atas dapur...
No comments:
Post a Comment