RESEPI ROTI JALA COKLAT
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar perasa coklat ~ Dutch Lady
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam
2 biji telur gred A/B
Cara-Cara :
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga sebagi dengan menggunakan whisk tangan dan pastikan tidak ada tepung yang berbintil. Tapis jika perlu.
2. Panaskan kuali non-stick@anti lekat, masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan bolehlah mula menjala. Buat sehingga habis.
3. Setelah masak bolehlah dilipat atau digulung ikut pilihan. Hidangkan bersama sos kastad/sos coklat...
Bahan Kuah Kastad :
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula kastor
1 tin susu cair
30 gm mentega
Cara-Cara :
1. Di dalam kuali masukkan tepung kastad, gula kastor dan susu cair. Kacau sehingga sebati kemudian buka api dapur dan panaskan menggunakan api kecil.
2. Kacau dengan api perlahan sehingga semua bahan cair dan pekat.
3. Tutup api dapur dan masukkan pula mentega. Kacau sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan dengan roti jala coklat...
Bahan Sos Coklat :
200 gm coklat masakan (jenama Selbourne atau Beryl's)
200 gm susu full cream/susu cair
*** Masak menggunakan kaedah double boiler sehingga cair dan sebati...
No comments:
Post a Comment