KUIH TEPUNG PELITA SEDAP
rujukan : TeratakMutiaraKasih@linaPg...
Bahan Bawah (B) :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dikisar dengan sedikit air (anggaran 1/2 cawan air,perah, tapis & ambil jusnya)
1 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit garam
Bahan Atas (A) :
4 sudu besar tepung beras (ratakan)
2 sudu besar tepung ubi/tepung jagung (saya guna tepung jagung)
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Bahan Lain (C) :
Gula secukupnya untuk ditabur di tengah lapisan
Bekas kecil atau ikut pilihan
Cara-Cara :
1. Bahagian B : Satukan kesemua bahan B, kacau di atas api kecil sehingga kelihatan meletup-letup dan nampak berkilat.
2. Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang disukai.
3. Taburkan gula secukupnya di atas lapisan hijau (jika suka lebih manis. Biarkan seketika.
4. Bahagian A : Satukan kesemua bahan A, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah tadi. Kacau sehingga masak berkilat dan ada seakan-akan letupan kecil.
5. Kemudian tuangkan ke atas bahagian hijau tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk. Enak dinikmati sejuk-sejuk...
Blueberry Cheese Tart...
wow sedapnya
ReplyDelete