KEK PISANG

Wednesday, April 18, 2018

GULAI TERUNG...










RESEPI GULAI TERUNG
rujukan :    daridapurkecah.blogspot.my




Bahan-Bahan :

5  ulas  bawang merah ***
3  ulas  bawang putih ***
1  inci  halia ***
Rempah 4 serangkai  (1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 2 biji buah pelaga, 3 biji bunga cengkih  ~  anggaran jer)
1  paket  serbuk rempah kari BABAS atau cap lain ikut pilihan  (saya guna rempah kari ikan Adabi)
1  kotak  santan
4-5  biji  terung bulat  ~  dipotong 4 setiap satu
1/2  cawan  air
2  sudu makan  cili mesin
Sedikit gula nisan/gula melaka
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Kisarkan bahan yang bertanda ***.  Kemudian bahagikan kepada dua bahagian.  Satu bahagian untuk ditumis dan satu bahagian lagi dicampurkan dalam serbuk rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air...


Cara Memasaknya :

1.  Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.  Selepas itu masukkan 2 sudu makan cili mesin dan kacau sehingga pecah minyak.  Masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi dan kacau tunggu sehingga rempah tersebut masak dan pecah minyak.

2.  Kemudian masukkan air dan juga santan.  Apabila telah menggelegak, masukkan terung.  Kacau sekali sekala, apabila terung hampir masak, masukkan rempah 4 serangkai (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih).

3.  Masukkan nisan/gula melaka dan juga garam secukup rasa.  Apabila terung telah masak dan kuah menjadi pekat, tutup api dan bolehlah dihidangkan...

No comments:

Post a Comment