KEK PISANG

Tuesday, April 17, 2018

PUDING KASTARD TIRAMISU...










RESEPI PUDING KASTARD TIRAMISU
sumber dari :    FB@Resepi Meletop...




Bahan-Bahan :

1  tin  susu pekat manis  (tin yang tinggi)
1  tin  susu cair
5  tin  air  ~   sukat menggunakan tin susu
11  sudu makan  tepung kastad  (membukit)
Biskut Marie perisa kopi secukupnya
Serbuk Milo secukupnya


Cara-Cara :

1.  Campurkan kesemua kecuali biskut dan Milo di dalam periuk, kacau sampai sebati, selepas itu barulah buka api, api sederhana saja, kacau sampai menjadi pekat dan likat.  Jangan berhenti mengacau, kalau tidak kastard akan menjadi berketul-ketul, tutup api dan masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.

2.  Cara Penyediaan :   Mula-mula masukkan adunan kastard ke dalam bekas plastik kemudian taburkan biskut hancur bercampur Milo.  Ulang sehingga penuh dan diakhiri dengan taburan biskut campur Milo.  Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati...

No comments:

Post a Comment