KEK PISANG

Thursday, April 26, 2018

KEK COKLAT CHEESE LAVA...




 Kek sangat moist & sangat sedap...





KEK COKLAT CHEESE LAVA BERHANTU
rujukan :    kakzusemanisgula & Norazlita Aziz@Masam Manis...




Kek Chocolate Moist Anis


Bahan A :

1  cawan  susu cair *
1  cawan  minyak jagung/minyak masak *
1  cawan  susu pekat manis *
1  cawan  serbuk koko *
1  cawan  gula halus/gula kastor *

---  bahan-bahan bertanda * disatukan dalam periuk...

2  biji  telur gred A  ~  dikocok dengan whisk & ketepikan seketika


1  cawan  tepung gandum *
1/2  sudu teh  baking soda@soda bikarbonate *
1/2  sudu teh  baking powder *
1/4  sudu teh  garam halus *   ( * disatukan & diayak )


Cara-Cara :

Satukan bahan A di dalam bekas.
Masak di atas api (double boiler) sehingga sebati dan gula hancur.
Masukkan telur yang telah dikocok terlebih dahulu.  Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak.
Kemudian masukkan ke dalam bekas yang disukai (masukkan separuh bekas).
Kukus selama 30-45 minit dengan api sederhana atau sehingga masak.  (untuk bekas seperti di atas, kukus selama 20 minit sehingga masak).
Sejukkan kek sebentar.


Bahan Keju :

250  gm  cream cheese  (lembutkan disuhu bilik dahulu)
500  ml  Dairy UHT Whipping Cream
3  sudu besar  susu pekat manis


Cara-Cara :

Satukan cream cheese dengan susu pekat manis.  Putar sehingga lembut.
Masukkan UHT Whipping Cream.  Putar sehingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan menggebu (jangan putar lama sangat takut UHT Whipping Cream mencair semula).
Asingkan/simpankan sedikit adunan cheese untuk lorekan di atas kek nanti.


Bahan Coklat Leleh :

250  gm  coklat masakan gelap  ~  potong kecil-kecil
250  ml  Dairy UHT Whipping Cream
1  sudu besar  mentega
1  sudu besar  paste Hazelnut/Nutella
1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan kecuali esen vanilla dalam mangkuk tahan panas dan masak di atas api (secara double boiler) sehingga menjadi ganache.  Akhir sekali tambahkan esen vanilla dan gaul rata.  Biarkan sejuk seketika.


Penyediaan Melapis Kek Berhantu :

1.  Kek yang telah disejukkan.
2.  Tuangkan adunan cheese ke atas kek, ratakan.  Biarkan adunan cheese mengeras dahulu baru dituangkan adunan ganache.

3.  Lorekkan dengan baki adunan cheese yang diasingkan tadi ikut citarasa.

4.  Ketebalan adunan setiap lapisan terpulang dan agak-agak sahaja...

No comments:

Post a Comment