KEK COKLAT MOIST VERSI BAKAR
rujukan : FB@Resepi Kek Terbaik...
Bahan-Bahan :
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan air panas
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovalatte
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur (saya guna gred A)
Cara-Cara :
1. Mix/blendkan telur, ovalatte, esen vanilla bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan pula susu pekat manis, mix lagi.
3. Masukkan pula minyak dan mix sebati.
4. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder, soda bikarbonate barulah dicampurkan dengan bahan mix tadi bersama air panas sedikit demi sedikit sehingga habis. Kacau bagi rata dan sebati.
5. Tuangkan ke dalam loyang bersaiz 8 inci/9 inci persegi/bulat yang disapu minyak dan dialas dengan kertas minyak. Bakar pada suhu 160'C selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya bergantung pada oven masing-masing...
Bahan Topping Coklat :
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu makan minyak masak
Sedikit susu cair/air
Cara-Cara :
1. Kacau semua bahan topping di atas api kecil sehingga likat dan berkilat kemudian tuangkan ke atas kek tadi perlahan-lahan.
2. Hiaskan ikut kreativiti masing-masing...
No comments:
Post a Comment