Tuesday, May 1, 2018
GULAI LEMAK CILI API IKAN TENGGIRI...
GULAI LEMAK CILI API
IKAN TENGGIRI
Bahan-Bahan :
4 keping ikan tenggiri
2 batang serai ~ dititik
1 helai daun kunyit ~ disiat-siat
2 biji tomato ~ dibelah 4
1 kotak kecil santan pekat
1 kotak kecil air (sukat guna kotak santan yang sama)
2 keping asam gelugur
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Tumbuk Lumat :
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
Masukkan bahan tumbuk lumat dan sedikit air ke dalam periuk.
Masak sehingga airnya kering. Masukkan santan pekat dan air.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain kecuali tomato.
Masak sehingga mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah lemak.
Bila ikan sudah masak, masukkan tomato. Biarkan tomato sedikit layu, tutup api dan sedia dihidangkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment