Wednesday, May 23, 2018
BAWAL MASAK KICAP...
BAWAL MASAK KICAP
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan bawal sederhana besar
2 biji tomato ~ potong baji
1/2 cawan kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
1 sudu kecil serbuk kunyit & garam untuk menggoreng ikan
Minyak masak untuk menggoreng ikan & menumis
1 tangkai cili merah ~ dibelah 2
1 tangkai cili hijau ~ dibelah 2
Daun sup & daun bawang untuk hiasan ~ dihiris
Bahan dimayang & ditumis :
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan. Gaulkan dengan garam dan serbuk kunyit, gorengkan sehingga separuh masak.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dimayang, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga sehingga wangi.
3. Masukkan air, kicap, sos tiram dan kacau lagi.
4. Biarkan sehingga mendidih dan bila mendidih masukkan ikan dan tomato.
5. Masukkan pula cili merah dan cili hijau yang dibelah 2 tadi, kacau lagi.
6. Sesuaikan rasa, tutup api, angkat dan hidangkan dengan taburkan hirisan daun sup dan daun bawang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment