sangat sedap, saya buat 1/2 adunan dari resepi dibawah dan menghasilkan : 8 biji kuih lompang...
LOMPANG LAICI YEO'S
rujukan : resepicitarasawan...
Bahan A :
80 gm gula pasir
500 ml minuman Laici Yeo's
2 helai daun pandan ~ disimpul
Bahan B :
140 gm tepung beras (saya guna Cap Teratai)
30 gm tepung ubi
1/2 sudu teh esen laici
1/2 sudu teh air kapur
Bahan C :
1/2 biji kelapa parut putih + 1/4 sudu teh garam ~ gaul & kukus sebentar
Acuan lompang ~ dilenser sedikit minyak
Cara-Cara :
1. Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih. Keluarkan daun pandan.
2. Satukan bahan B. Tuangkan bahan A dan whisk sehingga rata dan tapis.
3. Untuk lompang berwarna, masukkan sedikit pewarna yang disukai.
4. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh dan kukus selama 20-25 minit.
6. Sejukkan dan keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut putih...(saya tak letak kerana tiada stok di rumah)...
No comments:
Post a Comment