PUDING ROTI COKLAT
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan A :
8 keping roti ~ Choco Raisin Gardenia (saya guna roti biasa jer)
Bahan B :
2 cawan susu segar perasa coklat
2 sudu besar gula kastor
2 biji telur gred A/B
1 sudu teh esen vanilla
Bahan C :
2 sudu besar mentega ~ dicairkan
2 sudu besar kepingan badam
1 sudu teh ceri cincang/kismis (saya bubuh kismis jer)
Cara-Cara :
1. Sediakan mangkuk. Satukan kesemua bahan B dan kacau dengan spatula/whisk tangan sehingga gula hancur.
2. Seterusnya carik-carikkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tersebut. Biarkan roti terendam dalam 15 minit.
3. Masukkan separuh kismis/ceri/kepingan badam dan juga mentega cair dan gaulkan sebati.
4. Kemudian tuangkan ke dalam loyang bersaiz 7 inci bulat/persegi yang telah digris dengan sedikit mentega. Taburkan baki kismis/ceri/kepingan badam di atas adunan.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment