KUIH CARA MANIS
ilham dari : FB/Aznie Khasri
Bahan-Bahan :
1 cawan santan *
1 cawan air *
1 cawan tepung gandum *
1 biji telur gred A/B *
Secubit garam *
Gula pasir secukupnya ~ sebagai inti
Pewarna pilihan (saya guna pewarna kuning & hijau)
Sedikit minyak masak untuk disapu pada acuan
Cara-Cara :
Bancuhkan bahan bertanda (*), gaul sebati dan tapiskan.
Ambil sedikit adunan dan letakkan pewarna kuning, kacau sebati.
Selebih adunan diwarnakan dengan pewarna hijau.
Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak minyak.
Tuangkan sedikit batter berwarna kuning ke dalamnya, biarkan mengering seketika.
Kemudian tuangkan batter berwarna hijau sehingga sedikit penuh.
Masukkan 1/2 sudu teh gula pasir sebagai inti.
Tutup dan biarkan sehingga kuih masak.
Angkat, cantumkan dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment