KEK PISANG

Wednesday, May 23, 2018

ROTI JALA & KARI AYAM








ROTI JALA
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum
2 1/2  sudu besar  minyak masak
1  sudu teh  garam
1  biji  telur  (saya guna gred A)
3  cawan  air/santan/susu segar  (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

Blendkan semua bahan di atas sehingga sebati.  Mulakan menjala menggunakan kuali non-stick.
Selepas menjala di atas kuali, biarkan dalam beberapa saat.  Setelah sudah masak tidak perlu diterbalikkan, teruskan sahaja di angkat dan digulung dengan kemas.
Bila sudah siap bolehlah dihidangkan bersama Gulai Kari Ayam...








GULAI KARI AYAM SEDAP
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

12  ketul  ayam  ~  dicuci bersih & toskan
2  biji  kentang  ~  potong 4
1 1/2  labu  bawang besar saiz besar  ~  dihiris
6  ulas  bawang putih  ~  dihiris
3  inci  halia  ~  dihiris
1  pelepah  daun kari
1  asam keping
1  kotak  santan kotak  (200 ml)
Air secukupnya
10  sudu besar  rempah kari BABAS
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
2  biji  buah pelaga
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Cara-Cara :

Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan rempah penumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga) bersama bawang putih, bawang besar dan halia sehingga kekuningan.
Masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
Teruskan masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak.  Masukkan daun kari dan kentang.  Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit air lagi dan biarkan mendidih.
Masukkan santan, teruskan masak dengan api perlahan.  Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya.  Renihkan sehingga pecah minyak.  Sesuaikan kepekatan kuah ikut citarasa.  Jika terlebih pekat, tambahkan air panas secukupnya dan masak lagi...








TUMIS PETOLA




Bahan-Bahan :

1  batang  petola  ~  buang/kikis bahagian keras & potong serong
1  biji  cili merah
2  sudu besar  ikan bilis/udang kering
3  ulas  bawang merah  ~  hiris
1  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  biji  telur  ~  dikocok sedikit
2  cawan  air atau secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara-Cara :

Panaskan minyak masak secukupnya, tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis/udang kering di dalam periuk/kuali sehingga berbau wangi.
Masukkan telur, kacau-kacau seketika.  Masukkan air dan biarkan mendidih.
Masukkan petola dan cili merah.  Masak sehingga petola lembut.
Masukkan garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
Sesuaikan rasa dan tutup api.
Sedia dihidangkan...

No comments:

Post a Comment