KEK CHIFFON TIGA RASA
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan A :
4 biji kuning telur gred A
70 gm gula kastor
150 gm tepung berserbuk penaik@self-raising flour
80 ml minyak jagung
120 ml santan atau susu sejat@susu cair
Secubit garam
Bahan B :
4 biji putih telur gred A
60 gm gula kastor
1/2 sudu teh cream of tartar
Bahan C :
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pandan paste
1 sudu teh coklat emulco
1/2 sudu teh perisa mocha
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 160'C, sediakan acuan kek chiffon bersaiz 8 inci/20 cm tanpa perlu disapu/digris dengan mentega. Ketepikan.
2. Dalam satu bekas, masukkan kuning telur, gula kastor (70 gm) dan pati santan. Kacau rata dengan whisk tangan sehingga sebati dan gula larut. Masukkan minyak, kacau rata dan tambahkan tepung sedikit demi sedikit sambil diayak dan kacau sehingga licin dan tidak berbintil. Ketepikan.
3. Di dalam mangkuk lain yang bersih dan kering, putar putih telur sehingga berbuih dan masukkan cream of tartar diikuti dengan gula (60 gm) sedikit demi sedikit. Putar sehingga kembang dan kental@bertanduk.
4. Cedok 1/3 bahagian putih telur dan masukkan ke dalam adunan kuning telur, gaul dengan kaedah kaupbalik. Buat kaedah sama dengan baki putih telur. Kacau rata.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan esen vanilla, kacau rata. Satu bahagian lagi dimasukkan pandan paste, kacau rata dan satu bahagian lagi perisa mocha dan coklat emulco, kacau rata.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan secara berselang-seli sehingga habis. Lorekkan dengan menggunakan chopstick untuk mendapatkan effek corak marble.
7. Bakar selama 40-45 minit sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing). Setelah masak, keluarkan dari oven dan terbalikkan acuan dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan. Potong dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment