BUBUR KACANG HIJAU
rujukan : mas-dapurmas...
Bahan-Bahan :
3 cawan kacang hijau ~ cuci bersih & keringkan
1 1/2 keping gula melaka (saya guna gula merah siam paket hijau)
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 cawan air
2 cawan santan (kalau guna kotak = 1 kotak kecil sudah memadai)
Garam secukup rasa
Sedikit sagu biji yang telah direndam & ditoskan
Cara-Cara :
Gorengkan kacang hijau tanpa minyak di dalam kuali sehingga naik bau wangi kacang hijau. Kemudian tutup api dan alihkan kacang hijau ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sampai empuk. Masukkan daun pandan, gula melaka dan gula pasir, kacau sebati, biarkan mendidih seketika.
Masukkan sedikit sagu biji yang telah direndam dan ditoskan tadi, biarkan mendidih dan apabila nampak sagu biji kelihatan cantik kembang barulah dimasukkan santan dan sedikit garam, kacau sebati. Apabila santan mula mendidih dalam 2-3 minit, tutup api. (Pastikan menggunakan api sederhana agar santan tidak pecah minyak)...
No comments:
Post a Comment