KEK PISANG

Wednesday, May 30, 2018

RESEPI BISKUT BUAH KANA...












RESEPI BISKUT BUAH KANA
VERSI CELORENG
rujukan :    FB/Pn. Amanda Rania Zafreene &
daridapur.com...




Bahan-Bahan :

150  gm  butter  (gunakan pure butter untuk lagi sedap)
90  gm  gula aising
1  biji  kuning telur gred B
180  gm  tepung gandum
100  gm  tepung jagung
1/2  sudu teh  baking powder
Jem buah-buahan secukupnya  ~  sebagai filling


****  Untuk mencantikkan biskut ini, boleh gunakan pewarna pilihan dan juga biskut ini boleh dicantumkan bersama menggunakan jem buah-buahan...


Cara-Cara :

1.  Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama tepung jagung dan juga baking powder supaya sebati.  Ketepikan.

2.  Pukul butter bersama gula aising dan kuning telur sehingga sebati.  Tidak perlu sampai kembang.

3.  Masukkan bahan-bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli dengan tangan.  (Kalau nak masukkan pewarna, masukkan pada ketika ini).  Bila sudah siap rehatkan adunan biskut kana ini dalam masa 10 minit.

4.  Ambil sedikit doh dan bentukkan ke dalam acuan buah kana (gambar seperti di atas).  Selepas dikeluarkan daripada acuan, susun biskut ke atas dulang pembakar yang sudah disapu/digris dengan lapisan nipis marjerin.

5.  Bakar pada suhu 170'C - 180'C bergantung pada oven masing-masing selama 20-25 minit sehingga masak.  Selepas dikeluarkan dari oven, sapukan jem ketika biskut masih panas...


NOTA :    Untuk mencantikkan biskut ini, bolehlah gunakan pewarna yang anda mahu...

No comments:

Post a Comment