Enak juga dinikmati bersama jelly sumi atau juga apa-apa buah-buahan dalam tin...
PUDING SAGU GULA MELAKA
rujukan : LiNaPg@Teratak Mutiara Kasih...
Bahan Puding Sagu :
1 cawan sagu kecil warna putih
3 cawan air
3 sudu besar gula
2 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
1. Rendam biji sagu lebih kurang 1/2 jam kemudian toskan.
2. Didihkan air bersama daun pandan kemudian masukkan biji sagu ke dalam air yang mendidih tadi.
3. Kacau-kacau selalu supaya tidak berkerak. Jika air hampir kering tetapi sagu masih belum jernih, boleh ditambah sedikit air lagi (sedikit saja...jangan banyak sangat nanti jadi lembik pula).
4. Bila sagu hampir jernih keseluruhannya barulah dimasukkan gula. Kacau dan tutup api.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian yang disukai dan warnakan mengikut pilihan. Kacau mengunakan garfu. Masukkan ke dalam loyang/acuan. Sejukkan...
Bahan Untuk Manisan (Gula Melaka) :
1 ketul gula nipah
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
Satukan semua bahan, masak sehingga gula larut dan agak pekat. Tutup api, tapis dan sejukkan sebelum digunakan.
Untuk menghidang : Keluarkan puding sagu dari loyang/acuan. Kalau menggunakan loyang, potong kecil-kecil supaya senang nak makan. Curahkan susu cair dan sirap gula melaka...
No comments:
Post a Comment