KEK PISANG

Tuesday, May 1, 2018

KUIH KETAYAP/KUIH DADAR...











KUIH KETAYAP/KUIH DADAR BERCORAK




Bahan Untuk Kulit :

1  cawan  tepung gandum
2  biji  telur gred A/B
1 1/2  cawan  santan
1 1/2  sudu teh  garam
2  sudu besar  minyak masak
Beberapa titis pewarna merah & biru


Bahan Inti :

1/2  biji  kelapa parut  ~  ambil putihnya sahaja
3/4  cawan  gula merah
1/2  sudu teh  garam
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
1/2  cawan  air
2  sudu besar  tepung gandum


Cara Membuat Inti :

Didihkan air di dalam kuali.  Masukkan gula merah, garam dan daun pandan.  Masak sehingga gula larut.  Masukkan kelapa parut.  Kacau sekali-sekala sehingga airnya kering.  Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum, kacau rata.  (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).  Tutup api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum digunakan.


Cara Membuat Kulit :

1.  Bancuhkan kesemua bahan kulit (kecuali pewarna) sehingga sebati dan tidak bergentel.  (Boleh juga menggunakan blender).  Tapiskan adunan sekiranya bergentel.  Asingkan 1 sudu besar adunan dan letakkan pewarna merah dan 1 sudu besar adunan lagi letakkan pewarna biru.  Masukkan kedua-duanya di dalam piping bag.  Ketepikan.

2.  Panaskan kuali non-stick.  Guna api perlahan.  Sapu kuali dengan sedikit minyak.  Paipkan kedua-dua adunan berwarna tadi mengikut kreativiti, biarkan kering sedikit kemudian tuangkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melenggangkan kuali.  Bila sudah masak angkat, tidak perlu diterbalikkan.  Bubuh inti pada kuih dadar, lipat kiri dan kanan kuih, gulung dengan kemas.  Ulang sehingga adunan dan inti habis.  Sedia untuk disajikan sebagai hidangan minum petang...

No comments:

Post a Comment