KEK PISANG

Tuesday, September 17, 2013

MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE











MARBLE JAPANESE COTTON CHEESECAKE  (8" round)



Sumber  :  mybakingworkshop
Dicuba   :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

160  gm   cream cheese
  25  gm   mentega
120  gm   full cream milk


Bahan B :

  40  gm   tepung kek/gandum
  30  gm   tepung jagung


Bahan C :

    4  biji   kuning telur (B)


Bahan D :

    4  biji   putih telur
 1/8  tsp   cream of tartar
100  gm   gula kastor
Secubit garam


 Bahan E :

      1  tbsp   serbuk koko *
      1  tbsp   gula icing *
1 1/2  tbsp   air panas *  ( * dibancuh sebati)


Cara Penyediaan :

1.   Sediakan loyang bulat 8 inci (20cm).  Griskan dan alas dengan kertas minyak.  Ketepikan.
2.   Masak bahan A menggunakan kaedah double boiler hingga cream cheese cair dan pekat.  Tutup api.
3.   Masukkan bahan B, gaul sebati.  Masukkan pula bahan C.
4.   Gaul sebati adunan cream cheese tadi hingga sebati - ketepikan dulu.
5.   Pukul bahan D hingga pekat dan bertanduk.  Masukkan adunan cream cheese tadi, gaul sebati.
6.   Satukan bahan E, gaul rata.  Tuangkan 1/2 bahagian adunan kek ke dalam loyang kemudian guna sudu tuangkan 1/2 campuran bahan E tadi di atasnya, lorekkan untuk membuat corak marble.  Kemudian tuangkan baki adunan kek tadi perlahan-lahan dan tuangkan pula baki dari bahan E tadi di atasnya, lorekkan corak marble.
7.   Bakar menggunakan teknik 'water bath' selama 40-45 minit pada suhu 160'C menggunakan api bawah sahaja.

No comments:

Post a Comment