BISKUT ALMOND LONDON
sumber : Citarasa Biskut Popular - Hajjah Noraini Hj. Zakaria
Bahan A : 250 gm butter
130 gm gula halus
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 tsp. serbuk penaik
1 tsp. emplex
1 biji telur - gred B (50 gm tanpa kulit)
1/2 tsp. esen vanilla
150 biji badam - dibakar
100 gm badam cincang - dibakar sebentar
150 keping cawan kertas berwarna hitam
Bahan B : hiasan coklat
500 gm coklat masakan
1 tsp. mentega koko (coco butter)
Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanilla dan telur. Putar lagi hingga sebati. Pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk yang lebih besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang cukup basah. Rehatkan doh selama 30 minit dalam peti sejuk.
Ambil sedikit doh bulatkan dan masukkan badam. Buatkan bentuk bujur. Susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit hingga masak.
Untuk membuat coklatnya pula, cincang coklat menjadi ketulan kecil. Masak coklat secara 'double boiler' iaitu mencairkan coklat di atas air panas. Kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega koko dan kacau lagi hinnga ia sebati. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpan.
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment