KEK PISANG

Wednesday, August 17, 2011


TALAM KELADI
sumber : Chef Azimah/Chef Asma


Bahagian Bawah : 150 gm tepung beras
5 tbsp. gula pasir
1 tsp. garam
700 ml santan (200 ml santan pekat + 500 ml air)
250 gm keladi (selepas dikupas)
1 tbsp. tepung ubi

1. Keladi potong dadu, direbus dan toskan airnya.
2. Tepung beras, tepung ubi, gula pasir, garam dan santan dibancuh rata.
3. Kacau atas api hingga agak pekat, tutup api dan masukkan keladi kiub tadi.
4. Tuang dan kukus dalam loyang (10 x 10)" dialas kertas plastik (14 x 14)" selama 20 minit.


Bahagian Atas : 700 ml santan (perahan pertama) (300 ml santan pekat + 400 ml air)
2 biji telur
150 gm tepung gandum
2 helai daun pandan
200 gm gula pasir
1/2 tsp. garam
1/2 tbsp.perasa keladi
2 helai daun pandan
sedikit pewarna ungu

1. Panaskan sebahagian santan dengan gula, garam dan daun pandan. Keluarkan daun pandan.
2. Sebahagian santan lagi, kisar bersama bahan-bahan lain, masukkan (1).
3. Kacau hingga naik wap atas api sederhana dan tuang di atas lapisan bawah tadi.
4. Kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment