KEK PISANG

Sunday, August 21, 2011

KEK KUKUS 3 RASA
KEK KUKUS 3 RASA
sumber : blog : Dayang Jack



250 gm tepung naik sendiri (ayak)
220 gm gula halus
3 tbsp. susu pekat
125 gm marjerin (dicairkan)
125 ml susu segar
4 biji telur (gred A)
1/2 tbsp. ovalet
1 tsp. pes pandan
1 tsp. pes strawberi
1 tsp. pes coklat emulco


Satukan kesemua bahan di atas kecuali marjerin cair dan pewarna dan pukul hingga sebati. Jangan sampai terlebih pukul (overbeat). Kemudian masukkan marjerin cair dan kaup balik perlahan-lahan dengan spatula. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan campurkan pewarna kepada tiap-tiap bahagian. Satu bahagian dibiarkan kepada warna asal.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci bulat yang telah dialas dengan kertas minyak secara berselang-seli hingga habis dan kukus selama 1 jam.
(Kek ini gebu & sedap. Tqvm kepada empunya resepi ini kerana sudi berkongsi.)
SELAMAT MENCUBA.

No comments:

Post a Comment