KEK PISANG

Tuesday, August 23, 2011

TALAM PEANUT BUTTER
sumber : buku 'Kuih Tradisional Rasa Baru Kak Ita


Lapisan Bawah A :

50 gm tepung ubi
50 gm tepung hoen kwe (putih)
100 gm tepung beras
600 ml air
200 ml santan pekat
1 tsp. garam

Lapisan Bawah B :

200 gm mentega kacang halus
1 tsp. pewarna coklat

Lapisan Atas A :

150 gm tepung beras
150 gm tepung ubi
200 ml santan pekat
300 ml air
1 tsp. garam

Lapisan Atas B :

300 gm gula kastor ) masak hingga menjadi syrup dan tuangkan
350 ml. air ) ke dalam adunan tepung semasa masih panas.

Cara Penyediaan :

1. Lapisan Bawah : Satukan bahan A, kemudian masukkan bahan B dan masak sehingga naik wap. Tuangkan ke dalam loyang 10 x 10 inci yang di alas dengan plastik 14 x 14 inci dan kukus selama 15 minit.
2. Lapisan Atas : Satukan semua bahan A. Masak bahan B dan tuangkan ke dalam adunan A. Tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian dan campurkan satu dengan pewarna kuning dan lagi satu bahagian dengan pewarna hijau. Tuangkan adunan kuning itu ke atas lapisan bawah dan kukus 10 minit. Tuangkan adunan hijau dan kukus selama 30 minit.

No comments:

Post a Comment