Friday, December 20, 2019
SOSEJ...ALA...TERIYAKI ...
RESIPI SOSEJ...ALA...TERIYAKI
sumber : DapurTanpaSempadan@CMG ...
Bahan-Bahan :
8-10 batang sosej Ayamas ~ kerat 3 setiap satu
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap ABC Heinz (me : letak 1 sudu besar saja)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil cuka makan
Gula secukup rasa
Garam, jika perlu
Sedikit minyak masak
1/2 batang leek ~ dikerat kasa (me : guna celery)
Hirisan daun sup ~ untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan sosej dan goreng sebentar.
2. Masukkan kesemua jenis sos, cuka makan dan gula. Masak hingga pekat dan kering. Tambah leek dan masak sekejap lagi. Sesuaikan rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
3. Alihkan ke dalam pinggan sesuai dan hias dengan taburan daun sup dan cili merah, jika suka. Hidangkan bersama nasi atau roti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment