KEK PISANG

Friday, December 20, 2019

IKAN BAWAL MASAK CUKA ...









IKAN BAWAL MASAK CUKA
sumber :    TeratakMutiaraKasih@linapg ...




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan bawal   (potong kepada beberapa bahagian)   (me :  guna 6 ekor ikan selar)
7  ulas  bawang merah   (3 ulas mayang halus)
7  ulas  bawang putih   (3 ulas mayang halus)
1  biji  cili merah   (potong 2 inci)
1  biji  cili hijau   (potong 2 inci)
1  biji  timun   (buang empulur -  potong 2 inci)
Cili padi hijau dan merah secukupnya   (hiasan)
1  sudu makan  cuka makan   (dicampur dengan 1 cawan air)
Garam, serbuk kunyit dan gula/perasa
Sedikit biji sawi
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Perasakan ikan dengan garam kunyit.  Goreng hingga masak (jangan terlalu garing).  Ketepikan.

2.  Keluarkan sedikit minyak gorengan tadi, tinggalkan sekadar untuk menumis sahaja.  Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimayang hingga sedikit layu.

3.  Masukkan biji sawi, tumis sebentar.  Masukkan cili hijau dan merah.  Kacau seketika.

4.  Masukkan campuran cuka dan air, garam dan gula/perasa.  Biarkan mendidih terlebih dahulu.

5.  Seterusnya masukkan timun, bawang merah dan bawang putih (yang sebiji-sebiji).

6.  Akhir sekali masukkan ikan.  Biarkan sebentar supaya timun dan bawang lembut sedikit.  Tambahkan juga cili padi merah dan hijau.  Sesuaikan rasa.

7.  Tutup api.  Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment