KEK PISANG

Saturday, July 20, 2013

Pelbagai buku

Assalam teman-teman!  Hari ni pergi Alamanda dengan anak kedua ku jalan-jalan sambil menjamu mata.  Cadang hendak membeli sesuatu barang peribadi tetapi lain pula yang dibeli.  Inilah dia barang yang ku beli iaitu pelbagai buku resipi dan buku agama.  Buku resipi termasuk keluaran dari blogger yang tak asing lagi itu Pn. Nor Azlita Abdul Aziz atau lebih dikenali dengan 'FromIntanKitchen'.  Ada 3 siri kesemuanya.  Saya pun apalagi terus membeli ketiga-tiganya sekali.  Best isi kandungannya dan juga buku-buku lain termasuk buku Himpunan Kisah Benar tapi Pelik  karangan 'Dr. Hj. Zahazan Mohamed', Bukan Sekadar Resipi, Mudahnya Masak Sarapan & Macaron.  Terbang juga RM152.00.
     Kemudian pergi buat facial kerana sudah lama tak buat facial, terbang lagi RM80.00.  Tapi berbaloi juga memandangkan ketika itu kena migrain jadi bila dapat buat facial hilang sakit kepala.  Selain berfacial dapat juga urutan kepala.  Hilanglah segala sakitnya.  Sekali-kali dapat keluar bersiar-siar seronok juga taklah terperosok di dapur jer.  Betul tak kawan-kawan..hehehe...
    Bye hingga ketemu di lain siaran.....





No comments:

Post a Comment