KEK PISANG

Tuesday, July 9, 2013

APAM BERAS










APAM BERAS


sumber :  buku resipi (CTdelima)
dibuat   :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

      2   cawan   nasi sejuk
      2   cawan   tepung gandum
      2   cawan   tepung beras
      1   cawan   gula perang *
   3/4   cawan   gula pasir *
2 1/2   cawan   air
      2   tsp.       yis mauripan
Pewarna yang digemari
Kelapa parut putih  (digaul dengan sedikit garam jika suka)

*  Boleh juga diganti dengan kedua-duanya gula pasir



Cara-cara :

1.   Blend/kisar nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit... blend sampai halus).
2.   Stelah hancur, campur gula perang dan gula pasir ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3.   Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
4.   Selepas itu, masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung.  Kacau sehingga sebati.
5.   Letakkan sedikit pewarna pada adunan.  Kacau sehingga sebati.  Perapkan selama 3 jam.
6.   Panaskan pengukus.  Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil/pilihan.
7.   Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15-20 minit.
8.   Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam...atau enak dimakan begitu saja.

2 comments:

  1. Salam kak..

    cantiknya apam beras tu..colorful..saya suka makan apam beras ni..sedap.

    ReplyDelete
  2. thanks Bbwana adienia..memang sedap..walaupun dimakan begitu saja..

    ReplyDelete