KEK PISANG

Thursday, July 25, 2013

AIR BANDUNG CINCAU


 cincaunya tidak kelihatan sebab tenggelam ke bawah





AIR BANDUNG CINCAU



Oleh  :  Try Masak Online



Bahan-bahan :

   2  liter       air
1/2  cawan   cincau  (dicincang/hiris)
   1  tin         susu cair
   1  tin         aiskrim soda
Gula secukupnya
Pati sirap merah rose Kordial F & N


Cara Membuat :

     Bancuhkan sirap merah rose Kordial F&N dan gula.  Kacaukan hingga gula larut bersama air.  Perasakan dengan susu cair, cincau dan aiskrim soda.  Masukkan ketulan ais.
     Sedia untuk dinikmati.

IKAN BERLADA







IKAN BERLADA


Oleh  :  zaralicious



Bahan-bahan :

6  keping   ikan tenggiri
1  tsp        cuka masakan
1  pokok   daun bawang  (dihiris)
Garam secukup rasa
Kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng


Bahan Kisar :

6  tangkai   cili merah
1  tbsp       cili giling
3  ulas        bawang putih
3  ulas        bawang merah
1  inci         halia


Cara Memasak :

1.   Ikan dibersihkan.  Kemudian lumurkan dengan garam dan kunyit.
2.   Gorengkan ikan hingga garing.  Angkat dan ketepikan.
3.   Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan kisar hingga garing.
4.   Masukkan cuka dan garam secukup rasa.  Kacau rata.
5.   Tutup api dan tuangkan di atas ikan.  Taburkan dengan hirisan daun bawang.
6.   Sedia dihidangkan.

Ramadan 16




 Juadah-juadah untuk berbuka yang sempat dihasilkan.




Wednesday, July 24, 2013

Buku lagi


Hari ni beli lagi buku resipi & Majalah SAJI Ogos 2013.  Pantang ternampak buku-buku yang agak menarik, pasti teruja nak membelinya..hihihi...



Tuesday, July 23, 2013

ROTI JALA (Ramadan 14)

Hai teman-teman semua!  Hari ni sedikit rajin untuk menjala roti jala.  Lama dah tak buatnya.  Malas nak  membuatnya tapi memandangkan ada lauk kari ayam maka teringin pula nak makan roti jala.  Inilah hasilnya yang tak berapa cantik.  Saya rasa semua orang tahu membuatnya.  Jom kita semak resipinya pula...











ROTI JALA



Bahan-bahan :

       2  cawan   tepung gandum
       1  cawan   santan pekat/susu segar/susu cair
 1 1/2  cawan   air
       1  biji         telur
       1  tbsp       minyak/mentega cair
garam secukup rasa
pewarna kuning lemon secukupnya


Cara-cara :

1.   Blend kesemuanya.
2.   Tapiskan adunan supaya tidak berketul-ketul.
3.   Masukkan ke dalam botol muncung tiga.
4.   Picitkan di atas non-stick pan secara melintang dan menegak.
5.   Biarkan masak selama 3 minit.  Lipat kiri kanan dan gulung.
6.   Sedia untuk dihidangkan dengan pencicah kegemaran.