KEK PISANG

Monday, August 3, 2020

KEK MENTEGA OREN











KEK MENTEGA OREN
sumber :    Fiza's Cooking




Bahan-Bahan :

227  gm  mentega   (me :  guna marjerin Pelangi)
200  gm  gula kastor
4  biji  telur gred A
1  sudu besar  parutan kulit oren   (bahagian kuning sahaja, me : guna dari sebiji oren)
270  gm  tepung gandum
1  sudu teh  baking powder
5  sudu besar  jus oren


Cara-Cara :

1.  Lenserkan loyang bulat bersaiz 8 inci, gris dan alas dengan baking paper.  Ketepikan.

2.  Panaskan oven pada suhu 180'C.

3.  Ayak tepung gandum dan baking powder, ketepikan seketika.

4.  Putar gula kastor dan mentega sehingga berkrim.

5.  Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga adunan menjadi ringan dan gebu.  Masukkan pula parutan kulit oren.

6.  Perlahankan kecepatan mixer dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang-seli dengan jus oren.  Kacau sehingga bercampur rata.

7.  Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan dan bakar selama 50 minit ataupun sehingga kek masak (bergantung pada oven masing-masing).  Sejukkan kek sebelum dipotong.
SIAP !

JUS ALPOKAT@JUS AVOCADO









RESEPI JUS ALPOKAT@
JUS AVOCADO
sumber :    myresipi.com




Bahan-Bahan :

1  biji  buah Avocado yang masak ranum
1  cawan  susu segar
2  sudu besar  susu pekat manis
Sedikit coklat cair@Hershey's@home-made sos coklat
Ais kiub secukupnya


Cara Penyediaan :

1.  Cedok isi buah avocado yang telah masak ranum dengan sudu, masukkan ke dalam blender.

2.  Masukkan susu segar dan susu pekat manis.

3.  Blend@kisar sehingga halus (semakin lama dikisar, jus akan menjadi bertambah pekat), tambah air jika mahu sedikit cair.

4.  Picitkan coklat cair secukupnya di sekeliling gelas, tuangkan jus dan hiaskan dengan coklat cair di atas (sebagai tambah rasa).  Masukkan ais kiub secukupnya.  SIAP !  Sedia untuk dinikmati.


Sunday, August 2, 2020

RONDA-RONDA SEKITAR KAMPUNG













2/8/2020 (Ahad) Raya Aidil Adha (ketiga)
Datuk melayan cucu-cucu meronda sekitar kampung di Beranang sebelum mereka bertolak balik ke Johor (keluarga anakanda sulung kami).

CEKODOK PISANG


Gambar yang cantik ni, diambil oleh cucu sulung ku@Arfan Naiman berusia 7 tahun menggunakan kamera antik ku...








RESEPI CEKODOK PISANG
sumber :    daridapur.com




Bahan-Bahan :

10  biji  pisang berangan@emas bersaiz sederhana yang masak ranum
1 1/3  cawan  tepung gandum
1/4  cawan  tepung beras
2  sudu besar  gula perang
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  baking soda@soda bikarbonate
1/3  sudu teh  garam halus
Sedikit air,  jika perlu
Minyak masak secukupnya  ~  untuk gorengan


Cara-Cara :

1.  Pisang yang masak ranum dilecek sehingga lumat dengan manual.  Hasilnya akan dapat adunan cair pisang.  Tambahkan semua bahan seperti 2 jenis tepung, garam, gula, baking powder dan baking soda.

2.  Gaul sebati semua dan biarkan adunan cekodok sedang-sedang sahaja.  Tidak perlu tambah air.  Ikut pada kepekatan bancuhan adunan.  Sambil itu panaskan minyak yang banyak dalam kuali.

3.  Tujuan guna minyak banyak untuk hasilkan cekodok bersaiz cantik bulat-bulat.  Bila minyak dah panas, bolehlah masukkan adunan cekodok menggunakan sudu atau menjemput-jemput dengan hujung jari.  Goreng sehingga keperangan.  Angkat dan toskan.  Sedia dihidangkan bersama kopi o atau teh panas...


RAYA AIDIL ADHA KE 2












1/8/2020 (Sabtu)
RAYA AIDIL ADHA KE 2
BERANANG