KEK PISANG

Saturday, February 11, 2012

Hari ini buatkan 2 jenis cupcake untuk saya hantarkan kepada anak saya yang berada di asrama Sek. Men. Teknik Sepang. Ini disebabkan dia tidak dapat outing. Jadi kenalah ibubapanya pergi melawatnya ke sana. Rindu kami dibuatnya.
KEK CAWAN COKLAT
buku : Kek Cawan oleh Lynn Hassan

KEK CAWAN COKLAT


Bahan-bahan :

110 gm mentega/marjerin
100 gm gula kastor
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri (diayak)
4 tbsp serbuk koko
2 tbsp susu segar


Cara membuat :

1. Ayak tepung dengan serbuk koko, ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula kastor sampai sebati. Masukkan telur satu per satu, pukul sampai kembang.
3. Masukkan campuran tepung tadi berselang-seli dengan susu segar.
4. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh dan bakar dengan suhu : 170'C selama 23 minit.


Krim Mentega :

150 gm krimwell
50 gm mentega
230 gm gula aising (diayak)
1 tsp perisa vanila (atau sebarang perisa)
sedikit coklat emulco

Cara membuat :

Putar krimwell sampai ringan. Masukkan mentega dan putar lagi. Masukkan gula aising dan putar dengan kelajuan perlahan dahulu. Campurkan perisa dan sedikit coklat emulco. Kacau semua bahan hingga gebu. Siap untuk digunakan.

KEK CAWAN STRAWBERI
buku : Kek Cawan oleh Lynn Hassan

KEK CAWAN STRAWBERI


Bahan-bahan :

115 gm mentega/marjerin
80 gm gula kastor
2 biji telur
2 tsp perisa strawberi
1/2 tsp pewarna pink
175 gm tepung naik sendiri (diayak)
2 tbsp dairy 'whipping cream' (saya guna susu segar jer)

Cara membuat :

1. Pukul mentega dan gula kastor sampai sebati. Masukkan telur satu per satu, perisa strawberi dan pewarna pink. Pukul sampai kembang.
2. Akhir sekali masukkan tepung berserbuk penaik berselang-seli dengan 'whipping cream'.
3. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh dan bakar dengan suhu : 170'C selama 23 minit.

Krim Mentega :

150 gm krimwell
50 gm mentega tulen
230 gm gula aising (diayak)
1 tsp perisa vanilla (atau sebarang perisa)
sedikit pewarna pink

Cara membuat :

Putar krimwell sampai ringan. Masukkan mentega dan putar lagi. Masukkan gula aising dan putar dengan kelajuan perlahan dahulu. Campurkan perisa dan pewarna pink. Kacau semua bahan hingga gebu.

Thursday, February 9, 2012

APAM DOT DOT - tempahan dari Pn. Azizah Maliki

APAM VERSI TEBUAN
Hari ini terima tempahan Apam Dot Dot dari jiranku Pn. Azizah. Disebabkan ada baki dari adunan Apam Dot Dot maka saya mencuba design tebuan. Inilah hasilnya.
APAM TEBUAN
resipi asal dari Apam Dot Dot
BINGKA KACANG MERAH
BINGKA KACANG MERAH

BINGKA KACANG MERAH
oleh : AdyGreatswordEmpire


Bahan-bahan : (loyang : 8 inci)

1 1/2 cawan kacang merah, direbus hingga empuk
1 cawan air
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 cawan santan
1 cawan gula kastor
3 tbsp. butter
2 biji telur
sedikit garam
Pewarna merah
sedikit bijan
2 tbsp. minyak untuk disapu pada loyang


Cara membuat :

Kisarkan kacang merah yang telah direbus bersama 1 cawan air. Ketepikan dahulu. Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam blender kecuali bijan dan minyak. Kisarkan hingga sebati.
Gaulkan rata dan masak naik wap hingga agak pekat selama 10 minit. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu : 175'C dan masukkan loyang dalam ketuhar untuk dipanaskan sebentar sahaja.
Keluarkan loyang dari ketuhar dan tuangkan adunan ke dalam loyang dan taburkan bijan di atasnya. Bakar selama 50 minit menggunakan api atas bawah dan tambah 5 minit lagi untuk garingkan bahagian atas.
Sejukkan dahulu barulah dipotong.