KEK PISANG

Wednesday, March 7, 2012

Salam hari Rabu! Hari ini saya mencuba resipi Marble Chocolate Banana Cake dari blog teman-teman yang pernah mencuba resipi ini. Oleh kerana ada lebihan pisang yang hampir-hampir lupus maka saya mencuba resipi ini. Kek ini sangat sedap dan gebu. Resipi asal dari Chef Zubaidah. Saya pula dapat resipi ketika melihat dalam blog Yatiememories & Izah. Disini saya minta izin untuk salinkan resipinya disini pula untuk dikongsi bersama teman-teman yang lain. Tqvm.

MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE


MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE (tray : 10 x 10 inci)
oleh : Yatiememories & Chef Zubaidah
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

250 gm pisang (dilecek halus)
250 gm tepung kek (tepung superfine)
1 tsp. baking powder
200 gm gula kastor
6 biji telur
1 tbsp. ovalet
2 tbsp. susu pekat manis
50 gm susu segar/susu cair
90 gm minyak jagung
1 tbsp. chocolate emulco
1 tsp. esen pisang

Cara membuat :

1. Panaskan oven 170'C. Lenserkan loyang 10 x 10 inci dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak.
2. Lenyek/kisarkan pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan.
3. Satukan kesemua bahan dalam mixer kecuali : minyak, chocolate emulco, pisang dan esen pisang dan pukul dengan kelajuan maximum hingga pekat dan gebu.
4. Masukkan pisang dan gaulkan sebati.
5. Masukkan minyak, gaulkan hingga rata dan sebati.
6. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letakkan chocolate emulco dan satu bahagian lagi dibiarkan kepada warna asal.
7. Tuangkan ke dalam loyang secara berselang-seli (adunan coklat dan asal) hingga habis.
8. Bakar selama 1 jam.

Tuesday, March 6, 2012

KUIH PUTRI AYU WARNA WARNI
PUTRI AYU yang diletakkan dengan sedikit chocolate rice
dalam setiap adunanyang diwarnakan.


PUTRI AYU WARNA WARNI
oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahannya :

4 biji telur (gred A)
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1/2 tsp. baking powder
1/2 cawan santan pekat/santan kotak/susu segar (saya guna susu segar jer)
1 tsp. ovalet
Pewarna ikut pilihan

Inti Kelapa :

1 biji kelapa parut putih )
2 tbsp. tepung ubi ) digaul sebati
1 tsp. garam halus )

Cara-cara :

Putarkan telur dan gula hingga kembang. Masukkan ovalet dan putarkan lagi hingga betul-betul kembang. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar dan putarkan lagi hingga sebati.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan. Letakkan sedikit inti kelapa di dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak diikuti dengan sedikit adunan (anggaran 1 tbsp).
Kukus selama 15 minit. Sejukkan dan keluarkan dari acuan. Sedia untuk dihidangkan.
NASI LEMAK TUMIS


NASI LEMAK TUMIS (5-6 orang)
oleh : Yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

3 cawan beras biasa
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 tbsp. halba
1 helai daun pandan (disimpul)
1 cm. halia (hiris halus)
1 batang serai (dititik)
2 biji bawang merah (hiris)
Garam secukup rasa
1 tbsp. minyak + 1 tbs.p minyak sapi

Cara membuat :

1. Panaskan kedua-dua minyak, tumiskan bawang dan halia yang dihiris hingga garing.
2. Masukkan air dan santan, kacau hingga pecah minyak.
3. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
4. Masak seperti biasa (saya guna periuk rice cooker jer).
5. Hidangkan bersama sambil tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur, kacang tanah goreng dan ikan bilis goreng.

Nota : untuk nasi lemak kuning, tambah 1 tbsp. serbuk kunyit semasa masukkan santan dan air. (kalau boleh lebihkan sedikit air).

Mini Oreo Surprise Cupcakes

Red Velvet Valentine's Cupcakes!