KEK PISANG

Saturday, March 1, 2014

GERMAN COOKIES










GERMAN COOKIES
Oleh  :   jumeezaila.blogspot.com




Bahan-bahan :

125  gm   mentega
  40  gm   gula aising
125  gm   tepung kentang
  80  gm   tepung superfine/tepung gandum  (saya guna tepung gandum)


Cara-cara :

     Mentega dan gula aising dikacau ringan dan sebati saja.  Masukkan kedua-dua tepung yang telah diayak terlebih dahulu.  Uli menggunakan spatula/senduk kayu hingga sebati.  Dohnya lembut sangat.  Masukkan adunan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk (sebelah bawah) lebih kurang 20 minit.  Kemudian, keluarkan dan gentelkan bulat-bulat.  Leperkan dengan garfu.
     Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit.

Nota :  tambahkan sedikit tepung supaya biskut tidak terlalu rapuh selepas dibakar.

BISKUT CIP COKLAT BADAM











BISKUT CIP COKLAT BADAM
Sumber  :   rahelblog-rahel - (sangat sedap & rapuh, tqvm)



Bahan-bahan :

180  gm   mentega
  30  gm   shortening
    1  biji   kuning telur 'B'
  30  gm   gula perang
  50  gm   gula kastor
180  gm   tepung red rose/tepung gandum
  30  gm   tepung ubi
 1/4  tsp   baking soda
 1/2  tsp   chocolate emulco
100  gm   chocolate chips
  60  gm   badam cincang  (dibakar dahulu suhu 150'C selama 7-10 minit)


Cara-cara :

1.   Satukan tepung red rose, tepung ubi dan baking soda.  Ketepikan dulu.
2.   Putarkan shortening, mentega, gula kastor, gula perang dan telur hingga sebati.
3.   Masukkan chocolate emulco diikuti dengan badam cincang dan chocolate chip.
4.   Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
5.   Bentukkan biskut dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.

Info :  rehatkan adunan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit memandangkan doh ini lembik.

MACARONS untuk makan-makan.





Pelbagai tempahan untuk minggu ini, tqvm to all my customers.


 26/2/2014 (Rabu) - Tempahan  Apam Bengawan Solo berintikan kelapa 
dari Pn. Jaja (150 biji), tqvm.




27/2/2014 (Khamis) - Tempahan Talam Roti Paun dari jiranku Pn. Alin, tqvm.




 1/3/2014 (Sabtu) - Tempahan Apam Bengawan Solo lagi dari Pn. Jaja (50 biji), tqvm.


JUS APPLE ASAM BOI










JUS APPLE ASAM BOI
resipi  :   QaseyHoney




Bahan-bahan :

2   biji        epal  -  dipotong dadu
7   tbsp      gula kastor
2   cawan   air suam
Asam boi secukupnya  -  direndam di dalam air panas seketika


Cara Penyediaan :

     Satukan epal, gula dan air di dalam blender dan kisarkan hingga hancur.  Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam gelas.  Akhir sekali letakkan asam boi dan ais.  Hidangkan.