KEK PISANG

Saturday, January 27, 2018

APPLE STRUDEL MUFFINS...









APPLE STRUDEL MUFFINS
adapted from :    allrecipes.com@NMARIEA...



Ingredients :

2  cups  all-purpose flour
1  tsp  baking powder
1/2  tsp  baking soda
1/2  tsp  salt
1/2  cup  butter
1  cup  white sugar
2  eggs  (large)
1 1/4  tsp  vanilla extract
1 1/2  cups  chopped apples


Crumble Toppings :

1/3  cup  packed brown sugar
1  tbsp  all-purpose flour
1/8  tsp  ground cinnamon
1  tbsp  butter  (cold & cut into pieces)


Directions :

1.  Preheat oven to 375'F/190'C.  Grease a 12 cup muffin pans or lined with paper liners.

2.  In a medium bowl, mix flour, baking powder, baking soda and salt.

3.  In a large bowl, beat together butter, sugar and eggs until smooth.  Mix in vanilla extract.  Stir in apples and gradually blend in the flour mixture.  Spoon the mixture into the prepared muffin pan.

4.  Crumble Topping :    In a small bowl, mix brown sugar, flour and cinnamon.  Cut in butter until mixture is like coarse crumbs.  Sprinkle over tops of the mixture in muffin pan.

5.  Bake for about 20 minutes in the preheated oven or until a toothpick inserted in the center of a muffin comes out clean...

Thursday, January 25, 2018

IKAN KEMBUNG MASAK TOMATO...









IKAN KEMBUNG MASAK TOMATO
rujukan :    curlybabesatisfaction...



Bahan-Bahan :

7  ekor  ikan kembung  ~  dibersihkan, lumur serbuk kunyit & garam, goreng & ketepikan
2  biji  bawang besar  ~  dipotong bulat
3  biji  bawang putih  ~  dihiris
1/2  inci  halia  ~  dihiris
10  biji  cili padi  ~  dihiris  (ikut kepedasan sendiri)
2-3  sudu besar  cili kisar
2  biji  tomato  ~  dipotong dadu
Air secukupnya
Garam & perasa secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

      Panaskan minyak, tumis cili kisar sehingga naik minyak dan garing.  Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, cili padi dan halia.  Gaul rata.  Masukkan sedikit air kalau terlalu kering.  Kacau sebati.  Masukkan tomato dadu dan biarkan sehingga tomato lembut.  Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.  Masukkan ikan dan gaul sehingga kuah sekata ATAU curahkan kuah di atas ikan.  Sedia dihidangkan...

SUP TELUR & KENTANG...









RESIPI SUP TELUR & KENTANG




Bahan-Bahan :

3  biji  kentang  ~  kupas & potong ikut citarasa, rendam
50  gm  sayur brokoli  ~  potong ikut citarasa
1  batang  celery@saderi  ~  potong ikut citarasa
4-5  biji  telur
1  liter  stok ayam@ 1 kiub pati ayam 'Knorr'
Air secukupnya
5  biji  bawang merah  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang  ~  untuk hiasan
Bawang goreng secukupnya  ~  untuk hiasan
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak dalam periuk.  Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.  Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.  Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam.  Tambah sedikit lagi air jika perlu.  Bila mendidih, perlahankan api.

2.  Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain.  Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras.  Kacau perlahan-lahan.  Tambahkan brokoli dan celery@saderi.

3.  Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam.  Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api.  Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

Wednesday, January 24, 2018

GERMAN COOKIES...










RESIPI GERMAN COOKIES




Bahan-Bahan :

125  gm  mentega
125  gm  tepung kentang@potato starch
80  gm  tepung halus/tepung gandum
40  gm  gula aising  ~  diayak
Secubit garam  (optional)
Pewarna & perisa pilihan


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.  Putar mentega dan gula aising sehingga sebati, masukkan secubit garam menggunakan senduk kayu.  Masukkan kedua-dua tepung tadi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan sekejap di dalam peti sejuk (anggaran 20 minit).

2.  Ambil sedikit adunan (anggaran 1/2 sudu besar) kemudian bulat-bulatkan dan susun di atas dulang pembakar.  Celup garfu di dalam air dan tekan di atas bebola tadi sehingga sedikit leper dan membentuk corak.

3.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 140'C selama 15-20 minit.  Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.  (saya bakar menggunakan api atas bawah)...


INFO :    Untuk membuat dua tone, bahagikan adunan kepada dua bahagian dan letak pewarna dan perisa pada satu bahagian dan bahagian lagi satu dibiarkan kosong.  Cantumkan kedua-dua bahagian, bulat-bulatkan dan tekan dengan garfu. 

IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS...









RESIPI IKAN BAWAL MASAK
KICAP PEDAS
rujukan :    tiffinbiru@CMG...




Bahan-Bahan :

2  ekor  ikan bawal hitam bersaiz sederhana
1  biji  bawang besar  ~  hiris bulat & leraikan
4  ulas  bawang putih  ~  diketuk
1  inci  halia  ~  hiris 3 & diketuk
1  batang  leek  ~  kerat pendek & rendam  (saya ganti dengan celery@saderi)
1  biji  cili merah  ~  hiris serong memanjang
1  biji  cili hijau  ~  hiris serong memanjang
1  sudu besar  cili kisar
1/3  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  batang  kulit kayu manis
1  kuntum  bunga lawang
7  sudu besar  kicap lemak manis JALEN
1/4  sudu kecil  cuka makan JALEN
1/2  cawan  air
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Ikan bawal di siang, cuci bersih dan kelar-kelar sedikit.  Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit kemudian goreng sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.

2.  Panaskan kurang lebih 2 sudu besar minyak masak.  Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan halia, tumiskan sehingga berbau harum.  Tambahkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.  Masukkan bawang besar, leek (toskan), cili merah dan cili hijau.  Kacau rata.

3.  Tambahkan kicap dan air, masukkan juga cuka makan.  Kacau dan masukkan serbuk lada sulah.  Gaul rata dan masukkan ikan.  Gaul perlahan dan masak sekejap sahaja.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan hidangkan...