KEK PISANG

Thursday, January 25, 2018

SUP TELUR & KENTANG...









RESIPI SUP TELUR & KENTANG




Bahan-Bahan :

3  biji  kentang  ~  kupas & potong ikut citarasa, rendam
50  gm  sayur brokoli  ~  potong ikut citarasa
1  batang  celery@saderi  ~  potong ikut citarasa
4-5  biji  telur
1  liter  stok ayam@ 1 kiub pati ayam 'Knorr'
Air secukupnya
5  biji  bawang merah  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang  ~  untuk hiasan
Bawang goreng secukupnya  ~  untuk hiasan
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak dalam periuk.  Tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga berbau harum.  Masukkan kentang (toskan) dan kacau rata.  Masak sekejap kemudian tuangkan stok ayam.  Tambah sedikit lagi air jika perlu.  Bila mendidih, perlahankan api.

2.  Bila kentang 1/2 empuk, pecahkan telur satu persatu tetapi pastikan ianya tidak bertindih di antara satu sama lain.  Kecilkan api dan masak sehingga telur mengeras.  Kacau perlahan-lahan.  Tambahkan brokoli dan celery@saderi.

3.  Tambah garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam.  Masak sekejap, sesuaikan rasa dan tutup api.  Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan...

2 comments: