KEK PISANG

Tuesday, January 16, 2018

TERUNG MASAK KICAP...









TERUNG MASAK KICAP
rujukan :    tiffinbiru@CMG...



Bahan-Bahan :

2  biji  terung ungu, saiz sederhana
1  genggam  ikan bilis, dibersihkan, rendam dalam 5 minit & toskan
1  biji  bawang besar  ~  hiris kasar
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  biji  cili merah  ~  hiris
1  biji  cili hijau  ~  hiris
1  sudu besar  sos tiram
2  sudu besar  kicap pekat
2  sudu besar  kicap lemak manis
Sedikit air
Hirisan daun bawang  ~  untuk hiasan
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Buangkan sedikit kulit terung kemudian hiris sederhana tebal.  Rendam di dalam air bergaram 5 minit dan toskan.  Panaskan 5 sudu besar minyak masak, goreng ikan bilis hingga garing, kemudian tolak ke tepi kuali, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar.

2.  Tumiskan bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu.  Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata dan tuangkan sedikit air (anggaran 1/4 cawan).  Kacau rata.

3.  Bila mendidih, masukkan terung dan gaul rata.  Masak dengan api sederhana hingga terung lembut dan kuah pekat sedikit.  Sesuaikan rasanya dan tutup api.  Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidangkan...

No comments:

Post a Comment