Thursday, October 25, 2018
LEMAK PUTIH LABU BAYAM...
LEMAK PUTIH LABU BAYAM
sumber : Majalah RASA Ogos 2018...
Bahan-Bahan :
1/4 biji labu ~ dipotong 4 segi kecil
1/2 ikat bayam
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris
Segenggam ikan bilis
1 mangkuk santan ~ ambil sekali santan perahan kedua
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada hitam ~ jika suka
Cara Memasak :
1. Masukkan labu, bawang hiris, ikan bilis dan santan serta sedikit garam.
2. Masak dengan api kecil sehingga labu empuk. Kacau selalu supaya tidak pecah santan.
3. Kemudian masukkan sayur bayam, cili merah dan masak sehingga sayur layu sedikit.
4. Kacau dan rasa garamnya.
5. Setelah semuanya secukup rasa, tutup api dan siap untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
BLUEBERRY YOGURT SMOOTHIE...
BLUEBERRY YOGURT SMOOTHIE
adapted from : thepioneerwoman.com
yield : 1 serving
Ingredients :
1 cup plain, unflavored yogurt
1 cup fresh fruit (your choice : blueberries, peaches, pineapple, etc.)
1/4 cup milk
1 dash honey or to taste
Ice
Instructions :
Place yogurt, fruit, milk, a handful of ice and honey to taste all into a blender. Blend until smooth. Taste it for sweetness and add more honey if needed.
Pour, drink and Enjoy !!!
Labels:
Minuman/Jus
Wednesday, October 24, 2018
PUDING SAGU TELANG GULA MELAKA...
PUDING SAGU TELANG GULA MELAKA
sumber : zaralovebaking & Majalah RASA Julai 2018...
Bahan Sagu :
2 cawan sagu mata ikan (tidak perlu dicuci atau rendam)
25-30 kuntum bunga Telang
5 cawan air
Cara-Cara :
1. Didihkan air bersama bunga Telang dan tapis.
2. Kemudian didihkan kembali air bunga Telang, masukkan sagu. Kacau sehingga sagu masak dan jernih.
3. Masukkan sagu ke dalam acuan kecil. Kemudian kukus selama 10-15 minit dan sejukkan. (saya kukus seketika agar puding lebih menarik, tidak perlu kukus pun boleh).
4. Untuk menghidang : Keluarkan sagu dari acuan dan masukkan ke dalam mangkuk kecil.
5. Tuangkan susu cair atau santan.
6. Hiaskan dengan buah-buahan koktel. Sejukkan di dalam peti sejuk.
7. Tuangkan air gula merah dan hidangkan...
Bahan Air Gula :
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara-Cara :
Masakkan semua bahan air gula sehingga mendidih dan sedikit pekat. Tapis jika perlu.
Bahan Santan : (kacau sebati)
300 ml santan pekat
Secubit garam
Labels:
Puding
ASAM PEDAS IKAN PARI...
ASAM PEDAS IKAN PARI
sumber : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ikan pari ~ dipotong & dibersihkan
10 biji bendi (tak letak)
1 biji buah tomato ~ dipotong 4
1/2 cawan jus asam jawa
5 tangkai daun kesum
3 cawan air
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Dikisar :
20 tangkai cili kering ~ direbus hingga lembut & toskan
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
4. Masukkan buah tomato.
5. Perlahankan api dan biarkan sehingga naik minyak dan sayur lembut.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan ikan masin...
Labels:
Ikan
Tuesday, October 23, 2018
LEMON GRASS LYCHEE JELLY...
LEMON GRASS LYCHEE JELLY
adapted from : anncoojournal.com
Ingredients :
1 canned Lychee ~ reserved lychee syrup (I use canned Longan)
120 gm caster sugar
1 packet Konnyaku powder
2-3 stalks lemon grass
3 tbsp lime juice
Directions :
1. Remove the outer part of lemon grass, clean and bruise the white part with a knife.
2. Drain lychees through a sieve, reserving syrup and top up with water to 950 ml.
3. Pour lychee syrup (950 ml) into a pot, followed by Konnyaku powder and sugar. Turn on heat and stir liquid till sugar dissolved with a hand whisk. Drop in lemon grass and keep stirring liquid until boil, at medium heat, OFF heat and continue to stir liquid for another 2-3 minutes.
4. Discard lemon grass. Add a small drop of rose pink colouring and lime juice into it, stir well again.
5. Drop one or two pieces of lychee into mould, then pour liquid mixture into it. Leave jelly to cool and set in the refrigerator for at least 2 hours or when ready to serve.
Enjoy !!!
Labels:
Puding
Subscribe to:
Posts (Atom)