KEK PISANG

Thursday, November 22, 2018

KEK YOGURT LIMAU KASTURI...







KEK YOGURT LIMAU KASTURI
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan A :

140  gm  tepung gandum
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonat
110  gm  mentega
100  gm  gula kastor
2  biji  kuning telur  (saya guna gred A)
1  sudu teh  kulit limau kasturi  ~  disagat halus
30  ml  jus limau kasturi
125  ml  yogurt


Bahan B :

2  biji  putih telur gred A
Secubit garam
40  gm  gula kastor


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.  Ketepikan seketika.

2.  Di dalam mangkuk lain, pukul mentega dan 100 gm gula kastor sehingga pucat dan gebu.  Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi.

3.  Masukkan jus limau kasturi dan kulitnya yang disagat sambil diputar lagi.

4.  Seterusnya masukkan yogurt dan tepung berselang-seli sambil dikacau sehingga bercampur menggunakan spatula.

5.  Di dalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih dan masukkan garam serta gula kastor sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga soft peak (jika diterbalikkan mangkuk, putih telur tersebut tidak jatuh).

6.  Masukkan putih telur tersebut sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung sambil dikaupbalik dengan spatula sehingga adunan bercampur sebati.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 8 inci/9inci bulat, digris dan dialas dengan kertas minyak.

7.  Bakar di dalam oven selama 35-40 minit atau sehingga masak sepenuhnya...





PELBAGAI MENU IKAN...







IKAN SELAR GORENG BERLADO
sumber :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

4-5  ekor  ikan selar  ~  lumur garam kunyit
1  biji  tomato  ~  kisar sedikit hancur
2  sudu besar  cili kering kisar
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Bahan Tumbuk :

5  tangkai  cili merah saiz panjang
1  biji  bawang besar
3  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng garing ikan selar.  Angkat dan toskan.

2.  Dalam kuali lain, panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi dan masukkan cili kisar.  Tumis sehingga cili kisar masak, garing dan pecah minyak.

3.  Masukkan tomato yang dikisar sedikit halus.  Kacau rata.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Kacau rata.

4.  Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng.  Kacau rata sambal berlado dengan ikan.  Sesuaikan rasa, tutup api.  Sedia dihidangkan...


NOTA :   Sedap juga jika dimasukkan sehelai daun kunyit...








ASAM REBUS IKAN PARI DENGAN BENDI




Bahan-Bahan :

2  keping  ikan pari  ~  potong ikut suka, cuci bersih-bersih & toskan
3-4  ulas  bawang merah *
1/2  inci  kunyit hidup *
1/2  inci  lengkuas *
2  biji  cili padi merah atau 1 biji cili merah
1-2  keping  asam gelugor
2  kuntum  bunga kantan
10  biji  kacang bendi
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Kisar atau tumbuk bahan-bahan bertanda (*) kemudian baru masukkan cili padi dan tumbuk separuh lumat.

2.  Dalam periuk, satukan bahan tumbuk, asam gelugor, bunga kantan dan 2-3 cawan air, masak sehingga mendidih.

3.  Masukkan ikan dan perasa secukup rasa kemudian masukkan kacang bendi dan masak sekejap sekadar kacang bendi layu saja.








SAMBAL TUMIS SARDIN
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

1  tin  besar  sardin
1  biji  bawang besar  ~  hiris bulat
1  biji  tomato  ~  dibelah 6  (tambahan)
Air asam jawa secukupnya atau 1/4 keping asam gelugor
1  sudu kecil  garam halus
Gula secukupnya


Bahan Kisar :

6  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
10-15  tangkai  cili kering  ~  rebus dulu hingga lembut


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan goreng ikan sardin seketika.  Tutup kuali supaya ianya tidak meletup dan mengotorkan dapur.  Angkat dan ketepikan.

2.  Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga cili benar-benar masak dan terbit minyak.  Masukkan sedikit gula dan kacau lagi kemudian masukkan sedikit air asam jawa atau asam gelugor.  Kalau telah rasa masam, bolehlah dikeluarkan asam gelugor.

3.  Masukkan sos sardin ke dalamnya dan garam secukup rasa.  Kacau rata.  Jika kering, masukkan sedikit air.

4.  Akhir sekali, masukkan ikan sardin, tomato dan bawang besar.  Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini.  Sedia dihidangkan...

Monday, November 19, 2018

KEK MARBLE HORLICK...


 sebelum dibakar
 selepas dibakar





KEK MARBLE HORLICK
sumber :    Fiza's Cooking...




Bahan A :  (diayak)

250  gm  tepung gandum
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder


Bahan B :

250  gm  mentega
180  gm  gula halus@gula kastor
4  biji  telur gred A
100  gm  serbuk Horlick
50  ml  susu cair
2  sudu besar  serbuk koko


Bahan C :  (hiasan)

Chocolate chip & Badam keping/badam nib secukupnya


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.  Pukul sehingga sebati.

2.  Masukkan pula tepung yang diayak bersama serbuk penaik berselang-seli dengan susu cair sambil dipukul lagi.  Seterusnya masukkan Horlick, putar dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.  Satu bahagian adunan dibiarkan asal dan satu bahagian adunan lagi dicampurkan dengan serbuk koko dan gaul sebati.

3.  Tuangkan adunan berselang-seli sehingga habis ke dalam loyang bersaiz 9 inci bulat/persegi, gris dan alas dengan kertas minyak.  Lorekkan dengan lidi sate untuk mendapatkan corak marble.  Taburkan juga chocolate chip dan badam keping di atasnya.

4.  Bakar pada suhu 150'C atau 180'C selama 45 minit sehingga 1 jam (bergantung kepada oven masing-masing...oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu), sehingga masak...







ROS@MAWAR PUTIH...




SAYUR KOBIS MASAK AIR...








SAYUR KOBIS MASAK AIR




Bahan-Bahan :

1/4  biji  kobis bulat
1  batang  lobak merah, saiz kecil  ~  potong memanjang
2  keping  tauhu  ~  potong kiub
2  biji  telur
1  sudu makan  ikan bilis yang telah dibuang perut & dibelah dua
1  biji  bawang besar  ~  dihiris kasar
1  liter  air atau secukupnya
Sedikit garam
Sedikit perasa, jika suka  (saya guna 1/2 ketul kiub ikan bilis)


Cara Memasak :

1.  Satukan air, bawang besar dan ikan bilis di dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2.  Masukkan sayuran-sayuran, tauhu.  Biarkan mendidih. 
3.  Masukkan telur sebiji demi sebiji.  Biarkan telur sedikit mengeras.
4.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan bolehlah diangkat dan sedia dihidangkan...