Apam Kukus Mekar Cola
Apam Kukus Mekar Cola
Bahan : 2 biji telur
1/4 tsp garam
150 gm gula pasir
50 gm gula merah
1/2 tbsp ovalet
275 gm tepung gandum
15 gm susu tepung
1/2 tsp serbuk penaik
225 ml coca-cola
50 gm cip coklat mini
1. Pukul telur, garam, gula pasir, gula merah dan ovalet hingga kaku selama 10 minit.
2. Masuk tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik sambil diayak berselang-seli dengan minuman cola-cola sambil dipukul perlahan. Masuk cip coklat dan kacau rata.
3. Sudukan adunan ke dalam acuan apam kukus bersaiz sederhana yang telah dilapiskan dengan kertas kalis minyak.
4. Kukus selama 10 minit dengan api besar hingga masak.
No comments:
Post a Comment