KEK PISANG

Friday, May 11, 2012

Muffin Pisang Chocolate Chips


 MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP




MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP
resepi oleh :  Yatiememories  (tqvm for this resepi)
dicuba oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :


1 3/4  cawan   tepung gandum
2/3     cawan   gula halus  (lain kali kena kurangkan sikit sebab manis)
1        tsp.       baking powder
1        tsp.       soda bikarbonat
1/2     tsp.       garam
1        biji        telur  (A)
1/2     cawan   minyak masak
1/2     cawan   plain yogurt  (bersamaan 140 gm - bekas kecil)
1        tsp.       esen vanilla
1        cawan   pisang lecek
3/4     cawan   chocolate chips

Cara-caranya :


1.   Dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.  Masukkan   gula halus dan kacau sebati menggunakan whisk.
2.   Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak, yogurt dan esen vanilla.  Kacau sebati.
3.   Tuangkan bancuhan telur tadi ke dalam bahan kering.  Kacau sebentar.
4.   Masukkan pisang lecek dan chocolate chips.  Gaul sekadar sebati sahaja.  (Do not over mix or the muffin will be tough).
5.   Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu : 170'C selama 20 minit/hingga masak.

Menghasilkan :  19 biji

Apam Polka Dot


 Apam Polka Dot, tempahan dari Echa sebanyak 50 biji
dengan filling jem strawberry. Tqvm kerana sudi tempah.


Thursday, May 10, 2012

Mini Fruit Sponge Cake


 KEK CAWAN BUAH-BUAHAN

resepi dari buku ini


KEK CAWAN BUAH-BUAHAN
oleh :  Chef Alex Goh
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :


300  gm   gula kastor
1/8  tsp.   garam
1    tbsp.  ovalet

Bahan B :


6    biji     telur  (gred B)
1    tsp.    esen vanilla

Bahan C :


250  gm   tepung gandum
60    gm   tepung jagung
2     tsp.   baking powder

Bahan D :


100  ml   air

Bahan E :


150  ml   minyak jagung

Bahan F :


160  gm   buah-buahan campuran kering

Cara-cara membuat :


1.   Campur (A) sehingga bergaul sepenuhnya.  Tambah (B) dan gaulkan hingga sebati.
2.   Tambah (C) dan adun sehingga pekat dan pukul hingga lembut dan ringan.
3.   Tambah (D) dan adun hingga bergaul sepenuhnya.  Kemudian tambah (E) dan adun hingga sebati.
4.   Tambah (F) dan gaul adunan hingga sebati.
5.   Sapu sedikit minyak ke dalam acuan kek mini dan ditaburkan dengan sedikit tepung.  Hias dengan kismis dan ceri merah di bahagian dasar mangkuk acuan. (saya guna  papercup sahaja).
6.   Tuang adunan ke dalam mangkuk acuan hingga 60 peratus penuh.
7.   Bakar pada suhu :  180'c di rak tengah selama 20 minit.
8.   Setelah bakar, keluarkan dari acuan serta merta.  Siap untuk dihidang.
(Menghasilkan anggaran :  40 biji)

Nota :  Kek ini sedap dan gebu.

Tuesday, May 8, 2012

Kuih Apam lagi


 APAM MERKAH




APAM MERKAH
oleh :  semanisgula. (kak zu)
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :


200  gm   gula kastor
2     biji    telur  (gred  A)
1    tsp.    ovellete
1    tsp.    esen vanilla
250  gm   tepung gandum
1 cawan   aiskrim soda/sprite
Pewarna atau pes perasa yang diingini

Cara penyediaan :


1.    Masukkan telur, ovelette dan gula ke dalam mesin pengadun.
2.    Pukul hingga kembang dan adunan tidak jatuh ke bawah apabila diangkat.
3.   Masukkan tepung berselang-seli dengan air soda.  Tambahkan sedikit esen vanilla dan pukul lagi hingga adunan kembang sebati.
4.   Adunan yang telah siap dibahagikan kepada beberapa warna dan pes yang diingini dimasukkan ke dalam acuan kecil.  Lorekkan dengan adunan berbeza warna di atasnya agar lebih cantik.
5.   Kukus apam ini lebih kurang 10-15 minit hingga apamnya merekah.

Menghasilkan :    lebih kurang :  32 biji, papercup No. 8

Sunday, May 6, 2012

Cakes




CHOCOLATE CAKE WITH ROSES
Bake and Deco with Ellie De'Heart,
Seksyen 5 Tambahan, Bangi   (5/5/2012 - Saturday)



ICE-CREAM CAKE   (5/5/2012 - Saturday)