KEK PISANG

Friday, May 11, 2012

Muffin Pisang Chocolate Chips


 MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP




MUFFIN PISANG CHOCOLATE CHIP
resepi oleh :  Yatiememories  (tqvm for this resepi)
dicuba oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :


1 3/4  cawan   tepung gandum
2/3     cawan   gula halus  (lain kali kena kurangkan sikit sebab manis)
1        tsp.       baking powder
1        tsp.       soda bikarbonat
1/2     tsp.       garam
1        biji        telur  (A)
1/2     cawan   minyak masak
1/2     cawan   plain yogurt  (bersamaan 140 gm - bekas kecil)
1        tsp.       esen vanilla
1        cawan   pisang lecek
3/4     cawan   chocolate chips

Cara-caranya :


1.   Dalam mangkuk yang besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan garam.  Masukkan   gula halus dan kacau sebati menggunakan whisk.
2.   Dalam mangkuk yang lain, satukan telur, minyak, yogurt dan esen vanilla.  Kacau sebati.
3.   Tuangkan bancuhan telur tadi ke dalam bahan kering.  Kacau sebentar.
4.   Masukkan pisang lecek dan chocolate chips.  Gaul sekadar sebati sahaja.  (Do not over mix or the muffin will be tough).
5.   Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu : 170'C selama 20 minit/hingga masak.

Menghasilkan :  19 biji

No comments:

Post a Comment