KEK PISANG

Tuesday, May 1, 2012

KEK BATIK ARORA

 KEK BATIK ARORA



KEK BATIK ARORA
resepi asal :  kakzusemanisgula
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :


250 gm  butter
100 gm  gula kastor
1  tsp.    ovalet
3/4 cawan  susu pekat manis
250 gm  tepung gamdum
2  tsp.    baking powder
6  biji     telur
5  jenis pewarna & pes  (guna 5 pewarna dan pes 1 perisa sahaja)

Loyang :  8 inci bulat/persegi

Cara membuat :


     Putar butter, gula kastor dan ovalet hingga berkrim - putih.  Masukkan susu pekat dan putar sekar sebati.  Masukkan telur satu demi satu, putar sebati.  Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder - kacau kaedah kaup balik hingga sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.

     Bahagikan kepada 5 bahagian dan letakkan pewarna pilihan.  Sediakan loyang yang telah digris terlebih dahulu.  Letakkan 1 tbsp. adunan warna pilihan kemudian diikuti dengan adunan warna seterusnya secara selang-seli hingga habis (bertindan antara satu sama lain).

     Panaskan oven pada suhu :  170'C selama 10 minit dan selepas itu masukkan loyang berisi adunan kek ke dalam oven dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.

No comments:

Post a Comment