KEK PISANG

Saturday, February 16, 2013

My grandson.


My 1 month grandson, Arfan Nai'man sleeping soundly.

CHOC. FUDGE BROWNIES


 CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
sudah dibuat beberapa kali kerana keenakan brownies yang 
sedap dan moist. resepi diambil dari blog 'citarasawan',
terima kasih berkongsi resipi.
(untuk dibawa ke rumah adik di Palong, N.S. pada hari 
Sabtu 16/2/2013)



Friday, February 15, 2013

BIRTHDAY CAKE MADE BY ME FOR MYSELF.


 SPONGE CAKE WITH STRAWBERRY FILLING
Hari ini saya buat kek seperti dalam gambar.  Resipi diambil dari blog Madiha & Rahel.
Kek ini saya cuba buat sempena hari jadi saya. (15/2/2013 - Jumaat).  
Sangat moist dan sedap, terima kasih pada tuan
empunya resipi ini kerana sudi berkongsi resipi.








Wednesday, February 13, 2013

KEK CAWAN COKLAT BROWNIES







KEK CAWAN COKLAT BROWNIES


sumber  :   buku resipi


Bahan A :

1   cawan   serbuk koko
1   cawan   gula kastor
1   cawan   air


Bahan B :

250  gm       mentega/marjerin
 1/2  cawan  gula kastor
    6  biji        telur
320  gm        tepung naik sendiri
100  gm        badam cincang (almond nib)


Cara membuat :

1.   Masakkan semua bahan A di atas api sederhana sampai semua larut dan pekat.  Tutup api, biarkan campuran sejuk.
2.   Manakala bahan B pula, ayak tepung naik sendiri  Gaulkan dengan badam cincang.
3.   Di dalam mesin pengadun, pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan telur satu demi satu.  Pukul sampai kembang.
4.   Masukkan tepung campuran badam tadi berselang dengan campuran coklat (bahan A) yang dimasak tadi.  Gaul sampai rata tetapi jangan digaul adunan terlalu lama sekadar sebati saja.
5.   Sudukan 3/4 penuh ke dalam mangkuk cawan dan bakar selama 23 minit dengan suhu 180'C.

TIPS  :  Hiaskan dengan 'ganache' coklat dan tabur dengan badam cincang yang telah dibakar sekejap jika suka.

menghasilkan  :   19  biji  solo cup 2.0 oz.
                             26  biji  papercup No. 9

KEK CAWAN MADU







KEK CAWAN MADU


sumber  :   buku resipi


Bahan-bahan :

100  gm   mentega dalam tin/marjerin
  80  gm   gula perang
  25  gm   madu
    2  biji   telur
130  gm   tepung halus
 1/2  tsp   serbuk penaik
    2  tbsp susu segar
  40  gm   coklat chip


Cara membuat :

1.   Putar mentega, gula dan madu sampai sebati.
2.   Masukkan telur satu demi satu, pukul hingga kembang.
3.   Ayakkan tepung bersama serbuk penaik.  Masukkan ke dalam adunan tadi.  Masukkan coklat chip, gaul sekejap sampai rata dan sebati.
4.   Sudukan adunan ke dalam mangkuk kek cawan dan bakar dengan suhu 180'C selama 23 minit.

TIPS :  sesuai dihidangkan dengan krim mentega atau ganache.  Aroma madu bersama gula perang telah menyedapkan lagi rasa kek cawan ini  Sedap juga dimakan tanpa krim hiasan.

menghasilkan :  18 biji - solo cup 2.0 oz