KEK PISANG

Saturday, September 21, 2013

RASPBERRY JAM CAKES









RASPBERRY JAM CAKES



Adapted   :   bestrecipes.com
Tested by :   zaralovebaking - moist & delicious



Ingredients :

125  gm      butter
 1/2  cup     caster sugar
    2  eggs
    1  tsp      vanilla essence
    2  cups    self-raising flour
125  ml        fresh milk
 1/4  cup      raspberry jam  (I use  blueberry jam)
Icing sugar to dust  (optional)


Method :

1.   Preheat oven to 180'C and lined 12 muffin pans with papercup.
2.   Beat butter and sugar until creamy, add eggs one by one beating well after each addition.
3.   Beat in vanilla essence and fold in the flour and milk alternating until well combined.
4.   Place a spoonful of mixture in the base of each papercup and place small amounts of jam on top.
5.   Spoon remaining mixture over the top, leaving some jam exposed.
6.   Bake for 20-25 minutes or until done.
7.   Dust with icing sugar when ready to serve.

TIPS :     can be made with different flavoured jams  (yields about :  22 pcs)

Thursday, September 19, 2013

BINGKA SUSU/CHEESE

 ditabur dengan bijan hitam

 ditabur dengan serbuk badam







BINGKA SUSU/CHEESE



Rujukan  :  DJ & Syapex
Dicuba    :  zaralovebaking




Bahan-bahan :

    1   cawan   tepung gandum  (diayak 3 kali)
    4   biji        telur  gred A/B
250   ml         susu cair
    3   tbsp      susu pekat manis
140   gm        gula kastor  (boleh ditambah kalau nak lebih manis)
    1   tsp        esen vanilla
  50   gm        cream cheese
  50   gm        mentega
Bijan atau serbuk badam secukupnya  (optional)


Cara-cara :

1.   Mentega dan cream cheese dicairkan secara double-boiler kemudian sejukkan seketika.

2.   Satukan kesemua bahan kecuali bijan atau serbuk badam dengan mentega/cream cheese cair tadi di dalam blender.  Blend hingga sebati.

3.   Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dilenser dengan minyak masak.  Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka.  (loyang dipanaskan selama 5 minit di dalam oven sebelum dituangkan adunan).

4.   Bakar pada suhu 160'C selama lebih kurang 50 minit atau hingga bahagian atas kuih keperangan.  Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Tuesday, September 17, 2013

KEK SPAN ORANGE










KEK SPAN OREN




Bahan-bahan :

150  gm     tepung superfine
120  gm     gula kastor
    5  biji     telur  gred 'A'
    1  tbsp   ovalette
  80  ml      susu segar
  80  ml      minyak masak/mentega cair
    1  tsp     pes oren
    1  tsp     serbuk penaik
Sedikit pewarna oren


Loyang  :  8 inci persegi/bulat - digris & dialas dengan kertas minyak


Cara Penyediaan :

     Satukan gula kastor, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk pengadun.  Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
     Perlahankan kelajuan mesin dan masukkan susu segar, pes oren dan sedikit pewarna oren dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 1 minit atau hingga adunan kek benar-benar ringan.
     Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati.  Sediakan loyang bersaiz 8 inci, griskan dasarnya dan lapik dengan kertas minyak.  Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga kek masak sepenuhnya pada suhu 170'C.  Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis.  Keluarkan kek dari loyang dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.

KELAS ROTI yang sangat sedap & gebuuss


Assalam teman-teman semua!  Dalam kelam kabut menyiapkan 4 biji kek dalam masa sehari untuk dibawa balik ke asrama oleh kedua-dua putera ku, sempat juga pergi ke Kelas Roti dengan Awin Macaron.  Dah lama teringin untuk menghadiri kelas ini.  Akhirnya tercapai jua setelah banyak kali tertangguh.  Sangat berpuas hati dengan penghasilannya kerna  kesemua roti ini sangat sedap dan gebu-gebu belaka.  Pembuatan doh roti ini boleh dipelbagaikan.  (Yuran amat berpatutan : RM150 - terima kasih pada Pn. Shaharenna - pemilik Awin Macarons Studio) - 16/9/2013 (Isnin).  Lepas kelas terus ke Melaka menghantar anak ku balik ke ALAM Melaka, perjalanan balik dari Melaka punyalah jem teruk dan sampai rumah pada sebelah malamnya.  Perjalanan yang memenatkan sungguh.










KEK MENTEGA MARMAR SUSU










KEK MENTEGA MARMAR SUSU



Sumber dari  :  buku resipi - Chef Zubaidah
Dicuba          :  zaralovebaking



Bahan-bahan :

250  gm     mentega
200  gm     gula kastor
    4  biji     telur  gred  'B'
290  gm     tepung naik sendiri
  50  gm     susu pekat manis
100  gm     susu cair
    1  tbsp   emulco coklat
    1  tsp     emulco kapucino


Hiasan :    kepingan badam  (jika suka)



Cara-cara :

1.   Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2.   Masukkan telur satu persatu kemudian masukkan susu pekat manis.
3.   Akhir sekali masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair.
4.   Ambil 1/4 adunan dan masukkan emulco kapucino dan emulco coklat, gaul sebati.
5.   Tuangkan kesemua adunan asal ke dalam (acuan bersaiz 8 inci) dulu kemudian tuangkan adunan kapucino colat.  Hasilkan corak marmar dan taburkan kepingan badam (jika guna) ke atasnya.
6.   Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 45-50 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.