KEK PISANG

Tuesday, May 20, 2014

PUDING KASTAD KARAMEL


Assalam teman-teman semua! Hari ini mencuba Puding Kastad Karamel dari Majalah Saji, menjadi dan sangat sedap. Saya mencuba versi bakar secara water-bath dan kukus.  Kedua-duanya sedap cuma versi bakar, teksturnya padat macam creme brulee serta aromanya wangi manakala versi kukus rasanya lembut saja.  Walau macamanapun kedua-duanya sedap apalagi ditambah dengan sedikit pati Sunquick Orange. 
SELAMAT MENCUBA!!!!!



 yang besar versi bakar manakala yang kecil versi kukus






PUDING KASTAD KARAMEL
sumber :  Majalah SAJI Sept. 2013




Bahan Karamel :

100 gm  gula
25  ml  air


Bahan Kastad :

3  biji  telur
1  biji  kuning telur
1  sudu kecil esen vanilla
1  sudu kecil  pati Sunquick Orange (tambahan)
90  gm  gula
400  ml  susu segar
100  ml  whipping krim


Cara Menyediakan :

1.   Penyediaan karamel :  masukkan gula di dalam kuali.  Hanguskan gula hingga keperangan.  Masukkan air dengan berhati-hati dan kacau sebati.  Tuang ke dalam bekas puding.

2.   Untuk menyediakan kastard :  satukan kesemua bahan kastard.  Kacau perlahan sehingga sebati kemudian tapis.  Masukkan ke dalam bekas berisi gula hangus tadi.  Tutup bekas dengan aluminium foil.

3.   Bakar menggunakan teknik 'steam bath' selama 45 minit atau sehingga masak pada suhu 180'C.  Puding ini bolej juga dikukus dengan api perlahan.

4.   Sejukkan dahulu kemudian terbalikkan bekas puding.  Hidangkan dengan fruit cocktail jika suka.

Monday, May 19, 2014

AYAM HALIA








AYAM HALIA



Bahan-bahan :

   3  keping  dada ayam  (dipotong kecil-kecil)
   3  sudu besar sos tiram
1/2  cawan air + 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh)
   1  sudu kecil serbuk lada hitam
   1  pokok daun bawang (dipotong-potong)
   1  biji buah tomato (dipotong empat)
   2  sudu besar minyak
Sedikit bunga kubis (dipotong)
Garam secukup rasa


Bahan-bahan (dihiris) :

5 cm  halia
3  ulas bawang merah
3  ulas bawang putih
2  tangkai cili merah


Cara-cara :

1.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris hingga layu.
2.   Masukkan ayam dan kacau rata.  Masukkan sedikit air dan tutup.
3.   Masakkan ayam hingga lembut.
4.   Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram.  Biarkan hingga pekat.
5.   Masukkan tomato, bunga kubis dan daun bawang kemudian dikacau rata.
6.   Sedia untuk dihidangkan.






Sunday, May 18, 2014

BUTTERSCOTH CHIP CHOCOLATE MUFFIN








BUTTERSCOTH CHIP CHOCOLATE MUFFIN
sumber asal :  Nigella Lawson
c&p dari :  my.sweetthots.blogspot.com




Bahan-bahan :

250 gm  tepung gandum
    2 tsp  baking powder
 1/2 tsp  baking soda
    2 tbsp serbuk koko
160 gm  gula kastor
150 gm  butterscoth chocholate chip
250 ml   susu segar
  90 ml   minyak
    1 biji  telur gred 'A'
    1 tsp  esen vanilla


Cara-cara :

     Gaulkan kesemua bahan kering di dalam satu mangkuk.  Satukan bahan basah di dalam mangkuk yang lain dan digaulkan rata.  Kemudian masukkan bahan-bahan basah tadi ke dalam bahan kering.  Gaul sebati dan masukkan butterscoth chocolate chip, gaul lagi.  (Jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).  Sudukan ke dalam papercup pilihan 2/3 penuh.  Taburkan butterscoth chocolate chip.  Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit atau hingga masak sepenuhnya.
(menghasilkan :  16 pcs)

MANGO LASSI yang enak & lazat...









MANGO LASSI
sumber :  Azlita Masam Manis, CMG dll.




Bahan-bahan :

   2  biji  buah mangga masak ranum, saiz sederhana - dikupas & dipotong dadu
   1  cawan  plain yogurt atau yogurt perisa mangga
   1  cawan  air mineral
2-3  sudu besar penuh susu pekat manis atau gula/madu
1/2  biji buah lemon ; perah & ambil jusnya
Ais kiub secukupnya
Sedikit isi mangga dadu untuk hiasan


Cara-cara :

     Masukkan buah mangga dadu ke dalam blender, tambahkan yogurt, susu pekat, air dan jus lemon.  Kisarkan hingga kesemuanya hancur dan sebati.  Kemudian masukkan pula ais kiub secukupnya, kisarkan hingga ais kiub hancur.  Tuangkan ke dalam gelas pilihan, hiaskan dengan isi mangga dadu.  Sedia untuk dinikmati.
SELAMAT MENCUBA !!!!

Friday, May 16, 2014

ROTI SARANG LEBAH

 sebelum dibakar

 selepas dibakar






ROTI SARANG LEBAH
sumber dari :  Lydia Honey/FB, Madihaa, Citarasawan dll... (sangat sedap & gebu)..




Bahan-bahan :

   2 cawan tepung gandum
1/2 susu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh baking powder
   1 sudu besar gula halus
1/4 cawan plain yogurt - suhu bilik
1/4 cawan minyak jagung
1/2 cawan air suam

Bahan Glis :    1 biji kuning telur + sedikit susu sejat
Bahan Tabur :    Badam hiris, kuaci, bijan dll...


Cara Penyediaan :

1.   Satukan kesemua bahan-bahan di atas kecuali air suam ke dalam mangkuk pengadun.  Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli hingga elastik.

2.   Tutupkan adunan doh dengan kain lembang dan rehatkan hingga adunan doh mengembang dua kali ganda dari saiz asal.

3.   Tumbuk-tumbukkan adunan doh untuk mengeluarkan anginnya.  Bentukkan menjadi bebola kecil dan aturkan di dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit mentega/minyak.

4.   Tunggu hingga adunan doh naik dua kali ganda dari saiz asal lagi.

5.   Sapukan dengan bahan glis di atas permukaan adunan doh.  Taburkan di atasnya dengan bahan tabur.

6.   Bakar pada suhu 180'C - 200'C10 minit pertama guna api bawah dan 5 minit terakhir guna api atas bawah.  Make sure api oven betul-betul panas.  Jangan bakar terlalu lama kerana nanti roti keras.

NOTA :  Adunan doh lembik.  Jangan tambah tepung cuma sapu tangan dengan minyak semasa membahagikan doh kecil-kecil.  Tidak perlu perfect sebab nanti doh akan membulat sendiri bila naik.


Sos Butterscoth :

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream atau susu cair
1/2 sudu teh esen vanilla
 25 gm mentega
secubit garam


Cara-cara :

1.   Cairkan mentega.  Masukkan gula perang.  Kacau-kacau hingga gula larut dan berbuih.
2.   Masukkan whipping cream dan garam.  Kacau perlahan-lahan.
3.   Akhir sekali masukkan esen vanilla.  Tutupkan api, kacau hingga rata.
4.   Sos nampak cair tetapi apabila sejuk ianya agak pekat, tuangkan ke atas permukaan roti.