Saturday, November 22, 2014
NASI MENTEGA CRANBERRY
NASI MENTEGA CRANBERRY
rujukan dari : DapurTanpaSempadan - CMG ; thanks..
olahan : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (direndam selama 30 minit & ditoskan)
5 cawan air
1 cawan susu sejat IDEAL
1 kiub pati ayam Maggi (optional)
2 sudu besar mentega
1/3 cawan cranberry kering
Garam secukup rasa
Bahan Tumis :
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 batang serai (di titik)
1 helai daun pandan (disimpul)
1 inci halia (dihiris nipis)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Bahan Hiasan :
Daun bawang & daun sup (dihiris)
Bawang goreng secukupnya
Cara Memasak :
Di dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumiskan sehingga berbau harum. Masukkan beras dan kacau mesra dan sebati. Masak selama 1-2 minit. Masukkan kiub pati ayam (dihancurkan) dan gaul rata dan sebati. Tutup api.
Alihkan beras ke dalam periuk Rice Cooker, tuangkan air dan susu sejat. Kacau rata. Tambahkan garam secukup rasa dan tanaklah seperti biasa. Bila nasi hampir kering, taburkan cranberry kering dan biarkan nasi betul-betul masak. Gaulkan dengan chopstick. Biarkan sebentar. Tutup suis Rice Cooker untuk mengelakkan nasi berkerak.
Taburkan dengan bahan hiasan sebelum dihidangkan bersama acar dan lauk kegemaran.
Labels:
Nasi
KARI AYAM
KARI AYAM
Oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1/2 cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari ayam/daging
1 sudu besar cili giling
2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
4 biji ubi kentang (dipotong 4)
1/2 cawan jus asam jawa
Garam secukup rasa
Bahan B : (Untuk Menumis)
6 ulas bawang merah (dihiris)
4 ulas bawang putih (dihiris)
3 cm halia (dihiris)
3 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan cili giling yang dibancuh dengan jus asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, santan dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk ataupun lembut.
4. Hidangkan bersama nasi, roti, pulut ataunpun ketupat.
Labels:
Ayam
TELUR KACAU
TELUR KACAU
sumber : Majalah RASA April 2010
Bahan-bahan :
5 biji telur
5 gm kubis *
5 gm lobak merah *
5 gm daun bawang * (* dihiris halus)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Pukul telur sehingga kembang. Masukkan sayur kubis.
2. Selepas itu, masukkan lobak merah yang dihiris. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan daun bawang dan kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam secukup rasa.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur tadi sehingga garing.
6. Sedia untuk dihidangkan..
Labels:
Telur
KERABU TIMUN
KERABU TIMUN
sumber : Majalah RASA Disember 2012
Bahan-bahan :
4 biji timun (dihiris nipis)
1 batang lobak merah saiz sederha (dihiris nipis - tambahan)
6 biji cili merah (dihiris)
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
10 sudu teh cuka masakan
5 sudu teh gula pasir
2 sudu teh garam
Cara Memasak :
1. Gaulkan kesemua bahan sayuran di dalam mangkuk sehingga rata dan sebati.
2. Kemudian masukkan cuka masakan, gula pasir dan garam. Gaulkan mesra dan sebati.
3. Sedia dihidangkan.
Labels:
Acar
MANGO LASSI
MANGO LASSI
sumber : CMG & AzlitaMasamManis ; thanks...
Bahan-bahan :
2 biji buah mangga masak ranum bersaiz sederhana (dikupas kulitnya & dipotong dadu)
1 cawan yogurt
1 cawan air mineral
3 sudu makan susu pekat manis/gula/madu (ikut pilihan/citarasa)
1/2 biji buah lemon (perah jusnya)
Ais kiub secukupnya
Sedikit hirisan mangga untuk hiasan
Cara Penyediaan :
Masukkan mangga yang telah dikupas kulitnya ke dalam blender, tambahkan yogurt, susu pekat manis, air mineral dan jus lemon. Kisarkan sehingga kesemuanya hancur dan sebati. Masukkan pula ais kiub dan kisarkan sehingga ais kiub hancur. Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan ikut suka.
Labels:
Minuman/Jus
Subscribe to:
Posts (Atom)